Diceritakan bahawa Ali r.a. berkata, " Saya bersama Fatimah r.a. berkunjung ke rumah Rasulullah s.a.w. Kami mendapati baginda sedang menangis. Kami bertanya, " Apakah yang menyebabkan engkau menangis, wahai rasulullah s.a.w.?"
Beliau menjawab, " Pada malam ketika aku diisra'kan ke langit, aku melihat orang-orang sedang disiksa. Apabila aku teringat kepada mereka, maka aku menangis."
Saya (Ali r.a.) bertanya, "Apakah yang engkau lihat?"
Beliau bersabda, "Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih kerana ia tidak menjaga rambutnya di kalangan lelaki (tidak memakai jilbab); wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dicopot dari punggungnya sedangkan aspal yang mendidih dituang ke dalam kerongkongnya kerana wanita ini menyakiti hati suaminya dengan kata-kata. (Beliau juga bersabda, "Tidaklah seorang wanita yang menyakiti hati suaminya dengan kata-kata kecuali Allah swt. akan membuat mulutnya kelak pada hari Kiamat selebar 70 dhira kemudian akan diikat ke belakang lehernya."); wanita yang memakan badannya sendiri serta di bawahnya terlihat api yang berkobar-kobar dengan hebatnya. adalah wanita yang suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicara keburukan orang lain; wanita yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti keldai adalah wanita yang suka mengadu domba dan berdusta; wanita yang memotong-motong badannya sendiri dengan gunting dari neraka adalah wanita yang suka menonjolkan diri di kalangan orang ramai supaya perhiasannya dilihat dan setiap orang yang melihatnya akan jatuh cinta kepadanya; wanita yang berbetuk seperti anjing kerana ia ahli firnah serta suka marah-marah kepada suaminya; wanita yang digantung dan diikat kedua kaki serta tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit di bawah kekuasaan ular dan kalajengking adalah wanita yang keluar dari rumah suaminya tanpa izin maka ia akan dikutuk oleh semua yang disinari matahari dan bulan sehingga ia kembali ke rumah suaminya."
No comments:
Post a Comment