Wanita haidh di dalam waktu di mana wanita tersebut belum melaksanakan solat untuk saat itu, padahal datangnya haidh sudah masuk waktu solat tersebut, maka dia harus mengganti jika nanti sudah suci. Dan solat itu sifatnya sifatnya adalah berurutan dengan solat sesudahnya yang dapat dijama' seperti solat Zuhur dijama' dengan Asar, Maghrib dengan Isya'.
Jadi apabila datang haidh waktu masuk Zuhur dan wanita itu belum solat kerana kedatangan haidh maka dia harus mengganti solat Zuhur dan Asar kerana kedua solat itu dapat dijama'.
Begitu juga kalau datang haidh waktu masuk Maghrib dan wanita itu belum solat kerana kedatangan haidh maka dia harus mengganti solat Maghrib dan Isya'.
Kalau datang haidh waktu masuk subuh maka harus ganti solat Subuh sahaja.
Kalau datang haidh waktu masuk Asar maka harus ganti solat Asar sahaja.
Kalau datang haidh waktu masuk Isya' maka harus ganti solat Isya' sahaja.
No comments:
Post a Comment