DOA adalah induk segala ibadah. Usaha dakwah yang dilakukan seseorang selama siang hari hanyalah 10% daripada keseluruhan usaha dakwah. Tetapi usaha pada malam hari iaitu berdoa adalah 90% akan diterima oleh Allah swt. Allah swt telah mengurniakan para Nabi dengan 2 hal iaitu dakwah dan doa. Doa terbahagi kepada 2 iaitu doa ijtima'i dan doa infiradi.
Doa-doa masnunah termasuk ke dalam doa infiradi. Yang dimaksudkan dengan doa masnunah adalah doa sehari-hari yang diamalkan oleh Rasulullah saw. Doa-doa masnunah kita baca ketika akan melakukan sesuatu perbuatan. Dengan demikian kita mengamalkan sunnah Rasulullah saw. Keutamaan membaca doa-doa masnunah:
1. Memperoleh naungan rahmat Allah swt.
2. Menjauhi maksiat.
3. Memperoleh keredhaan Allah swt.
4. Dijamin akan memperoleh hasil yang diharapkan kerana setiap doa itu dipelihara dengan baik di sisi
Allah swt. Adakalanya permohonan itu dipenuhi dengan cepat dan adakalanya disimpan untuk bekal di
akhirat.
5. Doa melindungi kita dari musibah.
6. Menolak bencana dan meringankan penderitaan.
7. Menjadi perisai untuk menolak bala.
8. Menolak tipu daya musuh-mush, menghilangkan kegundahan dan menghasilkan hajat serta
memudahkan kesukaran.
Ketika berdoa kita harus memakai adab-adab. Di antara adab-adab ketika berdoa ialah:
1. Berwudhu serta menutup aurat.
2. Pusatkan hati dan fikiran kita kepada Allah swt
3. Berdoalah di tempat yang bersih
4. Mulai dengan memuji Allah swt, selawat dan pujian serta berdoa untuk kebaikan dan jangan berdoa
untuk keburukan.
5. Merendahkan suara.
6. Jangan bersajak, lebih utama memilih doa-doa yang biasa diucapkan oleh Rasulullah saw dalam
bahasa Arab
7. Kita harus yakin bahawa doa kita itu akan diterima oleh Allah swt dan diulangi doa-doa itu dua atau
tiga kali.
8. Bertaubat sebelum berdoa dan menghadapkan diri dengan bersungguhnya kepada Allah swt.
9. Diakhiri dengan membaca selawat kepada Nabi saw.
WAKTU-WAKTU YANG MUSTAJAB UNTUK BERDOA
Ada beberapa waktu yang baik dan mulia untuk berdoa. Misalnya pada hari Arafah, bulan Ramadhan, hari Jumaat, sepertiga malam yang terakhir, ketika sahur, ketika sujud dalam solat, ketika berhadapan dengan musuh dalam pertempuran, ketika hujan lebat, sebelum dan sesudah melakukan solat, ketika jiwa tenang dan bersih dari gangguan syaitan dan ketika menghadap Ka'abah.
Doa-doa yang diterima oleh Allah swt adalah doa suami untuk isterinya, doa isteri untuk suaminya, doa ibu untuk anaknya, doa orang yang sedang mengalami kesakitan, doa ibu yang akan melahirkan anak, dan doa orang yang teraniaya walaupun ia seorang kafir.
No comments:
Post a Comment