Zikir iaitu mengingati Allah swt dalam setiap masa dan keadaan. Allah swt telah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 152 maksudnya, "Maka berzikirlah (untuk mengingati) kepadaKu, nescaya Aku akan mengingati kamu sekelian".
Tujuan berzikir supaya dapat kita hubungkan diri kita dengan Allah swt dalam setiap masa dan keadaan.
Kelebihan berzikir:
1. Zikir menghilangkan penyakit hati seperti hasad dengki dan iri hati.
2. Zikir menjauhkan diri dari syaitan.
3. Zikir menghilangkan dukacita hati.
4. Zikir menghidupkan hati.
5. Zikir memberi ketenangan jiwa.
6. Zikir mendatangkan kemurahan rezeki, memberu Nur pada wajah dan rumahtangga.
7. Orang yang berzikir dianggap hidup di sisi Allah swt sebaliknya orang yang tidak berzikir dianggap mati
di sisi Allah swt.
Adab ketika berzikir (zahir dan batin)
1. Ada wudhu' dan bersugi
2. Menghadap Qiblat.
3. Lapangkan fikiran pada hal dunia dan ingat hanya pada Allah swt.
4. Tutup aurat, hadirkan hati dan fikiran. Anggaplah diri banyak berdosa. Tundukkan pandangan ke
bawah dengan tawajjuh.
5. Tempat dan pakaian hendaklah bersih.
6. Faham akan makna yang kita berzikir itu.
Hendaklah istiqamah berzikir sebanyak 300kali pagi dan 300 kali petang, masa yang sebaik-baiknya mengingati Allah swt kerana waktu pertukaran malikat di mana para malaikat akan membawa berita baik ke langit. Kekuatan zikir lebih deras menembusi cahaya dan membuka langit hingga tiang-tiang Arasy bergoyang. Selepas berzikir mintalah pada Allah swt semoga Allah swt ampunkan dosa-dosa suami, ibubapa dan umat Rasulullah s.a.w. dan lakukan dengan istiqamah.
No comments:
Post a Comment