1. Makanan dan minuman hendaknya diperoleh daripada sumber yang halal.
2. Beribadah sebaik mungkin, berzikir, membaca al-Quran dan berusaha mendekatkan diri kepada Allah.
3. Lazimkan membaca surah Maryam (untuk mendapatkan anak yang soleh/solehah), surah Yusuf (agar
mendapat anak yang tampan) dan surah Yasin (agar mudah melahirkan).
4. Selain itu, ibu-ibu harus mengamalkan doa di bawah ini jika telah melaksanakan solat lima waktu:
" Ya Allah, peliharakanlah anakku selama dalam kandunganku dan sembuhkanlah ia, sesungguhnya
Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawar-Mu, sembuh yang tidak meninggalkan
kesan buruk. Ya Allah, jadikanlah ia sihat dan sempurna, cerdik, berakal dan berilmu serta beramal
soleh. Ya Allah, baguskanlah perangainya (akhlaqnya), fasihkanlah lidahnya dan perelokkanlah
suaranya untuk membaca al Quran dan hadits dengan berkat Nabi Muhammad saw."
5. Ketika ibu sakit kerana hendak bersalin, hendaklah membaca doa berikut:
" La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin". Maksudnya: Tiada Tuhan selain Engkau, Yang Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim."
WATAK DAN AKHLAK KETIKA MENGANDUNG
1. Jauhi sifat pemarah dan merajuk.
2. Menjaga adab sehari-hari.
3. Jangan menyakiti binatang.
4. Pergaulan suami isteri hendaklah beradab.
5. Pernikahan dilaksanakan dengan mengikuti syariat Islam.
No comments:
Post a Comment