Tuesday, October 5, 2010

PAKAIAN MENUTUP AURAT

Isteri atau wanitayang solehah adalah wanita yang menutup aurat ketika berpakaian. Kerana ramai di kalangan wanita pada zaman ini mereka berpakaian tetapi telanjang. Ertinya pakaian mereka hanya menutup bahagian-bahagian tertentu sahaja. Kalaupun menutup semuanya tetapi bentuk tubuhnya nampak dengan jelas. 
Allah SWT berfirman maksudnya: "Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat". (Al A'raf ayat 26) 

Seorang suami adalah pemimpin dalam rumahtangganya dan bertanggungjawab terhadap kepimpinannya tersebut. Jika suami merasakan bahawa isteri masih lagi belum melaksanakan syariat sepenuhnya, berusahalah membimbingnya dengan cara yang baik. Berilah nasihat dengan lemah lembut tapi tegas agar isteri faham bahawa menutup aurat dengan betul dan sempurna itu bukanlah perkara remeh, tetapi ianya merupakan perkara wajib. Jika suami masih membiarkan isterinya menampakkan bentuk tubuhnya, maka suami tetap berdosa kerana tidak mengendahkan tuntutan syarak. 

No comments:

Post a Comment