Wednesday, February 15, 2012

HUBUNGAN ROMANTIK DALAM ISLAM


Romantik, menurut yang diistilahkan dalam kamus ialah, “memperlihatkan suasana penuh kasih sayang, keindahan dan kemesraan”. Ia berasal dari kata ‘romance’ yang bererti “hubungan cinta” atau “percintaan”. Romantik dalam Islam terhad kepada pasangan yang sudah berkahwin sahaja iaitu mereka yang telah mempunyai hubungan yang diiktiraf syarak. Inilah yang membezakan konsep romantik Islam dan konsep romantik Barat. Di Barat, mereka bebas melakukan apa sahaja tanpa apa-apa batasan. Sebaliknya dalam Islam, mereka perlu mempunyai tiket terlebih dahulu sebelum konsep romantik itu dapat dihayati sepenuhnya.

Oleh itu, tidak wujud konsep cinta monyet, cinta suka-suka dan sebagainya. Ini kerana perhubungan sebegini hanya cenderung untuk memuaskan nafsu semata-mata dan tidak berkekalan. Maka romantik yang ingin dikaitkan di sini ialah mengenai hubungan cinta, iaitu hubungan yang amat penting dalam menjalin suasana erat suami isteri sepanjang usia perkahwinan.

Suasana romantik wujud kerana wujudnya rasa cinta ini. Bila rasa cinta dan sayang antara suami isteri diperlihatkan dalam bentuk kata-kata, sikap dan tingkah laku dalam kehidupan sehari-hari, tercetuslah suasana romantik. Bermakna persoalan romantik akan tetap relevan dan menjadi satu keperluan kepada pasangan sepanjang menjalin perkongsian hidup bersama. Allah berfirman yang maksudnya, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari dirimu sendiri, supaya tenteramlah kamu kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa cinta dan sayang…” (Ar Rum:21)

Dari ayat ini fahamlah kita bahawa rasa cinta dan sayang adalah pemberian Allah yang amat besar nilainya kepada pasangan suami isteri. Bagaimana rasa cinta dan sayang ini diperlihatkan terhadap satu sama lain, di situlah lahirnya suasana yang dikatakan romantik. Suami isteri yang dapat mewujudkan suasana seperti ini boleh dianggap bersifat romantik. Dalam satu hadis, Rasulullah S.A.W menyebut yang maksudnya, “Sekiranya seseorang itu menyintai saudaranya maka hendaklah diberitahukan kepadanya” (Sunan Abi Daud, Tirmizi dan Al Hakim di dalam Mustadrak-nya)

Maksud hadis ini, jika kita menyenangi seseorang jangan kita hanya menyimpan di dalam hati, tetapi luahkanlah rasa senang itu kepadanya menurut kehendak Islam yang sebenar. Hal ini boleh dikiaskan pada hubungan suami isteri. Oleh kerana hubungan yang unik antara kedua-dua insan ini sudah sedia diikat oleh cinta dan sayang, maka wajarlah rasa cinta-menyintai itu diucapkan. Kalaupun tidak dengan kata-kata, hendaklah dengan sikap dan tingkah laku.
Dalam hal meluahkan perasaan ni, selalunya isteri lebih bersikap terbuka dalam meluahkan rasa cinta dan sayang pada suami. Suami lepas ni belajar-belajarlah luahkan kata-kata cinta pada isteri. Suami kena tahu, ISTERI MEMANG SUKA BILA SUAMI TUNJUKKAN CINTA DAN KASIH SAYANG SECARA ZAHIR'. 
Apa salahnya bila berjalan dengan isteri di khalayak ramai berpegangan tangan... kan dah sah... dah halal... kenapa perlu rasa malu?? Isteri suka bila suami tunjukkan rasa sayang tu... dia akan rasa secure... suami itu dirasakan milik dia sepenuhnya. Jadi para suami, hargailah isteri anda sementara mereka masih ada... jangan sampai bila dah tiada baru anda menyesal. Isteri ni hatinya terlalu sensitif. Jagalah hati mereka... banyak pengorbanan yang mereka lakukan... terutamanya korban perasaan ... sebab isteri selalu pendam rasa dengan sikap suami-suami... meraka tak mampu luahkan kerana takut mewujudkan pertelagahan.... HARGAILAH PERASAAN PARA ISTERI.