Tuesday, March 23, 2010

MENGENAL ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW (BHGN 1)

KHADIJAH BINTI KHUWAILID R.A.

Isteri Rasulullah saw yang pertama adalah Khadijah al Kubra r.a., yang ketika dinikahi oleh Rasulullah saw berstatus janda. Pada saat itu usia Rasulullah saw baru menginjak 25 tahun, sedangkan usia Khadijah r.a. adalah 40 tahun. Dari pernikahannya dengan Khadijah r.a., Rasulullah saw mendapatkan seorang putera yang bernama Ibrahim r.a. Pernikahan tersebut pada mulanya direncanakan oleh pakcik Khadijah sendiri iaitu Waraqah bin Naufal, tetapi pernikahan tersebut belum dapat dilaksanakan. Khadijah r.a. telah menikah dua kali sebelum menikah dengan Rasulullah saw. Para ahli sejarah berbeza pendapat mengenai hal ini. Mengenai siapakh di antara keduanya yang pertama kali menikahinya. Para sejarawan mengatakan bahawa suaminya yang pertama adalah Atik bin Aidz yang dari hasil pernikahannya dikurniakan seorang anak perempuan bernama Hindun. Setelah dewasa, Hindun unu menjadi seorang wanita muslimah yang kuat dan mempunyai ramai anak. Ada juga sejarawan yang menulis bahwa selain Hindun, Atik juga mempunyai putera yang bernama Abdullah atau Abdul Manaf.
Setelah berpisah dengan Atik, Khadijah r.a. menikah dengan Abu Halah. Daripada pernikahan ini mereka dikurniakan 2 orang anak iaitu seorg lelaki dan seorang perempuan. Tetapi kebanyakan ahli sejarah mengatakan kedua anak mereka adalah laki-laki.
Setelah Abu Halah meninggal dunia, Khadijah r.a. menikah dengan Rasulullah saw. Dia telah hidup berumahtangga bersama Rasulullah saw selama 25 tahun. Khadijah r.a. wafat pada bulan Ramadhan tahun 10 Hijriyah. Rasulullah saw sangat menyayangi dan mencintai Khadijah r.a. Beliau tidak pernah menikah dengan wanita lain semasa Khadijah r.a. masih hidup. Sebelum dakwah Islam dijalankan, Khadijah r.a. sudah diberi gelar Thahirah (wanita suci). Oleh kerana itulah, anak-anak dari suaminya yang terdahulu dipanggil sebagai Banu Thahirah atau anak-anak suci. Ketika Khadijah r.a. meninggal dunia, Rasulullah saw sendiri yang turun ke dalam liang lahatnya kemudian menguburkannya sedangkan pada zaman itu solat jenazah belum disyariatkan.

Friday, March 19, 2010

KISAH-KISAH TAULADAN PARA WANITA SOLEHAH (BHGN AKHIR)

PEMBELAAN ZAINAB R.A. MENGENAI TUDUHAN BOHONG TERHADAP AISYAH R.A.

Ummul mukminin, Zainab binti Jahsy r.a. masih mempunyai hubungan keluarga dengan Rasulullah saw. Ketika Islam mula berkembang, Zainab sudah memeluk Islam. Pada mulanya dia menikah dengan Zaid r.a., iaitu seorang hanba sahaya yang telah dimerdekakan oleh Rasulullah saw. Selain itu, Zaid r.a. juga merupakan orang kesayangan Rasulullah saw. dan sudah dianggap seperti anak beliau sendiri. Oleh kerana itu, Zaid r.a. pernah disebut dengan panggilan Zaid bin Muhammad saw.

Setelah sekian lama menikah dengan Zainab r.a., Zaid r.a. merasa tidak dapat meneruskan perkahwinannya itu, akhirnya diceraikanlah Zainab r.a. Pada saat itu, Rasulullah saw. ingin menghapuskan adat Jahiliyah yang menganggap anak angkat sama dengan anak sendiri sehingga tidak boleh menikah dengan bekas isteri anak angkatnya itu. Oleh sebab itu, Rasulullah saw. segera mengajukan lamaran kepada Zainab r.a. Kemudian Zainab r.a. berkata, "Saya akan bermusyawarah dahulu kepada Tuhan saya". Maka Zainab r.a. segera berwudhu dan melaksanakan solat dua rakaat. Dari kejadian tersebut menghasilkan suatu keberkahan sehingga Allah sendiri yang menikahkan Rasulullah saw dengan Zainab r.a. dengan turunnya ayat berikut ini:

" Maka apabila Zaid telah menyelesaikan keperluannya, aku nikahkan kamu dengannya agar tidak ada kesulitan bagi orang-orang mukmin untuk menikahi (bekas) isteri anak-anak angkat mereka, apabila anak-anak itu telah menyelesaikan keperluannya. Dan hukum Allah tetap berlaku." (Qs Al Ahzab ayat 37)

Ketika ayat ini turun, maka Zainab r.a. telah diberi khabar gembira tentang pernikahannya, setelah itu Zainab r.a. segera melepaskan perhiasan yang sedang dipakainya dan segera diberikan kepada orang yang telah menyampaikan khabar gembira tersebut. Dia lalu bersujud dan bernazar untuk berpuasa selama dua bulan. Zainab r.a. sangat bangga dengan keputusan tersebut kerana isteri-isteri Rasulullah saw. ynag lain dinikahkan oleh wali-wali mereka sedangkan Zainab r.a. langsung dinikahkan oleh ALlah swt dan diabadikan di dalam Al Quran. Hal inilah yang menyebabkan Zainab r.a. bersaing dengan Aisyah r.a. yang juga sangat dicintai oleh Rasulullah saw. Namun begitu, ketika Aisyah r.a. difitnah oleh orang munafik, Rasulullah saw telah bertanya kepada Zainab r.a. dan dia menjawab, " Setahu saya Aisyah adalah seorang yang baik dan saya paham bahawa dia adalah seorang wanita solehah". Zainab dapat berkata demikian sedangkan Aisyah r.a. adalah saingannya , padahal dapat saja dia menjatuhkan martabat Aisyah r.a. di mata suaminya tetapi dalam peristiwa ini dia menjaga nama baik Aisyah r.a. dan memujinya.

Thursday, March 18, 2010

KISAH-KISAH TAULADAN PARA WANITA SOLEHAH (BHGN 4)

KETAKUTAN AISYAH R.A. KEPADA ALLAH SWT

Kita telah banyak mengetahui bagaimana perasaan cinta Rasulullah saw kepada Aisyah r.a.. Setiap kali Rasulullah saw ditanya tentang siapakah yang paling dicintainya , maka beliau akan menjawab, "Aisyah". Aisyah r.a. memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi untuk menjawab berbagai pertanyaan yang ditujukan kepadanya. Untuk memastikan jawabannya, banyak para sahabat menanyakan berbagai permasalahan kepada Aisyah r.a. Malaikat Jibril a.s. pun pernah mengirim salam untuk Aisyah r.a. Rasulullah saw pernah bersabda bahawa Aisyah r.a. adalah salah satu isterinya di syurga. Ketika Aisyah r.a. difitnah oleh orang-orang munafik, Allah swt telah membebaskannya dari fitnah tersebut dan menyatakan bahawa Aisyah r.a. tidak bersalah dengan menurunkan ayat-ayat Al-Quran. Aisyah r.a. sendiri pernah mengatakan bahawa dirinya mempunyai sepuluh keistimewaan yang tidak dimiliki oleh isteri-isteri Rasulullah saw yang lain. Ibnu Sa'ad r.a. telah menerangkan kelebihan-kelebihan tersebut secara terperinci.
Walaupun Aisyah r.a. memiliki banyak kelebihan, namun beliau memiliki perasaan takut yang tinggi kepada Allah swt. Sehingga dia sentiasa berkata, " Seandainya saya adalah sebatang pohon yang selalu berzikir kepada-Nya yang tidak akan dihisab di akhirat nanti; seandainya saya adalah sebuah batu; seandainya saya adalah sehelai daun dari perpohonan; dan seandainya saya adalah sekepal tanah."

Wednesday, March 17, 2010

KISAH-KISAH TAULADAN PARA WANITA SOLEHAH (BHGN 3)

AISYAH R.A. BERSEDEKAH DI JALAN ALLAH

Dikisahkan bahawa satu hari Aisyah r.a. mendapat hadiah dua buah kantung harta yang masing-masing berisi 100 000 dirham. Kemudian Aisyah r.a. membahagikan wang tersebut kepada fakir miskin dari pagi sampai petang hari sehingga wang itu habis tidak bersisa. Kebetulan pada hari itu, Aisyah r.a. sedang berpuasa dan tidak mempunyai makanan untuk berbuka kecuali hanya sedikit. Aisyah r.a. berkata kepada pembantunya, "Bawalah makanan untuk berbuka." Kemudian pembantunya itu membawakan sepotong roti dan minyak zaitun. Aisyah r.a. bertanya, " Adakah makanan yang lebih baik daripada ini?" Pembantunya menjawab, "Seandainya tadi engkau menyisakan satu dirham, tentu kita dapat memberli sepotong daging." Aisyah r.a. berkata, " Mengapa engkau baru mengatakannya sekarang? Seandainya engkau meminta sejak tadi, tentu saya akan memberikan kepada wang satu dirham."

HIKMAH DARI KISAH DI ATAS
Aisyah r.a. sering mendapat hadiah seperti ini, di antaranya dari Amir Muawiyah r.a., Abdullah bin Umar r.a., Zubair r.a. dan sahabat-sahabat lainnya kerana pada saat itu kaum muslimin sering memperoleh kemenangan dalam peperangan sehingga para sahabat banyak memiliki harta kekayaan dari ghanimah. Walaupun pada saat itu kaum muslimin banyak memiliki harta kekayaan namun Aisyah r.a. tetap hidup dalam keaadaan sangat sederhana. Bayangkan, pada hari itu Aisyah r.a. membahagikan wang kepada fakir miskin tetapi beliau sendiri tidak mempunyai sepotong daging pun untuk berbuka puasa.

Friday, March 12, 2010

KISAH-KISAH TAULADAN PARA WANITA SOLEHAH (BHGN 2)

PERBUATAN UMMU SULAIM R.A. KETIKA ANAKNYA MENINGGAL

Ummu Sulaim r.a. adalah ibu Anas r.a. Semua orang hanya mengenal panggilannya sahaja sedangkan nama aslinya masih diperdebatkan oleh para ahli sejarah. Ada yang mengatakan nama aslinya Sahlah, Mulaikah dan ada juga mengatakan Rumaisah. Pada zaman Jahiliyyah, Ummu Sulaim r.a. menikah dengan Malik bin Nadhar dan dikurniakan seorang anak bernama Anas. Setelah suaminya meninggal, ia tinggal dalam keadaan menjanda untuk beberapa lama dengan harapan agar dapat mengasuh dan memelihara Anas r.a. yang saat itu masih bayi. Tetapi kemudian Ummu Sulaim r.a. dilamar oleh Abu Thalhah yang ketika itu masih musyrik. Dia menolak lamarannya sambil berkata, "Abu Thalhah, apakah engkau tidak tahu bahawa yang kamu sembah itu adalah batu yang tidak dapat memberi manfaat dan mudharat kepadamu? Jika kamu bersedia masuk Islam, saya bersedia menikah denganmu." Abu Thalhah masuk Islam dan menikah dengan Ummu Sulaim r.a. Dari hasil pernikahannya itu mereka mempunyai anak yang bernama Abu Umair r.a. Apabila Rasulullah s.a.w. berkunjung ke rumah Abu Thalhah r.a., beliau sering bermain dan bercanda dengan Abu Umair r.a. Pada suatu ketika, Abu Umair r.a. menderita sakit dan pada hari itu Abu Thalhah r.a. sedang berpuasa. Ketika Abu Thalhah r.a. sedang pergi keluar rumah, akhirnya anak itu pun meninggal dunia. Kerana suaminya tiada di rumah, maka Ummu Sulaim r.a. segera memandikan dan mengkafaninya seorang diri, kemudian jenazah anaknya itu dibaringkan di atas tempat tidur.

Kerana Abu Thalhah r.a. sedang berpuasa, Ummu Sulaim r.a. segera menyiapkan makanan untuk berbuka suaminya. Setelah itu Ummu Sulaim r.a. berhias dan memakai wangi-wangian. Pada malam harinya, Abu Thalhah datang dan segera berbuka puasa dengan makanan yang telah disiapkan oleh Ummu Sulaim r.a. Setelah berbuka, Abu Thalhah bertanya kepada Ummu Sulaim r.a., "Ummi, bagaimana keadaan anak kita?" Ummu Sulaim r.a. menjawab, "Alhamdulillah, dia dalam keadaan baik-baik saja." Ummu Sulaim r.a. meminta suaminya agar jangan terlalu memikirkan keadaan anaknya.

Pada malam itu juga, Abu Thalhah r.a. menggauli isterinya. Ketika Abu Thalhah r.a. bangun, Ummu Sulaim berkata kepada suaminya, "Saya mempunyai pertanyaan kepadamu, wahai suamiku". Abu Thalhah bertanya, "Apakah itu?". Ummu Sulaim berkata, "Seandainya seseorang diberi sesuatu amanat, lalu pemiliknya ingin mengambilnya, haruskah dia mengembalikan barang itu kepada pemiliknya?" Suaminya menjawab, "Sudah tentu dia harus mengembalikannya, dia tidak mempunyai hak untuk menyimpannya." Ummu Sulaim r.a. berkata lagi, "Suamiku, Allah telah mengamanatkan Abu Umair kepada kita, namun sekarang Dia telah memanggilnya kembali."

Abu Thalhah r.a. merasa sedih ketika mendengar berita tersebut. Dengan sedikit marah, Abu Thalhah r.a. berkata, "Mengapa engkau tidak mengatakannya sejak tadi malam? Setelah itu, Abu Thalhah r.a. mengadu kepada Rasulullah s.a.w. tentang peristiwa itu. Rasulullah s.a.w. berdoa untuknya dengan bersabda, "Semoga Allah swt memberkahi hubunganmu dengan isterimu tadi malam".

Salah seorang sahabat dari kaum Anshar berkata, "Saya menyaksikan berkah dari doa Rasulullah s.a.w. tersebut. Dari hubungan dengan isterinya pada malam tersebut, lahirlah Abdullah bin Abi Thalhah r.a. yang akhirnya mempunyai sembilan orang anak dan semuanya Hafiz Al-Quran."

Wednesday, March 10, 2010

KISAH-KISAH TAULADAN PARA WANITA SOLEHAH (BHGN 1)

ASMA R.A MENANYAKAN TENTANG PAHALA BAGI WANITA

Asma binti Yazid al Anshari r.a. adalah seorang sahabiyah Nabi s.a.w. Pada suatu hari dia datang menghadap Rasulullah s.a.w. dan berkata "Wahai Rasulullah, saya datang ke sini sebagai utusan dari kaum wanita. engkau adalah seorang utusan Allah kepada kaum lelaki juga kaunm wanita. Oleh kerana itu kami beriman kepada Allah juga kepada engkau. Kami kaum wanita sentiasa tinggal di rumah saya, tertutup oleh hijab dan kami selalu sibuk memenuhi segala keperluan dan keinginan suami, kami juga selalu menggendong dan mengasuh anak-anak mereka. Sedangkan kaum lelaki selalu sibuk dengan pekerjaan-pekerjaan yang mendatangkan pahala bagi mereka. Mereka dapat melaksanakan solat 5 waktu secara berjamaah di masjid dan juga solat Jumaat. Begitu juga mereka dapat melihat orang sakit, ikut dalam upacara jenazah dan menghantarkannya serta dapat melaksanakan ibadah haji dan yang paling utama dari semua ini adalah mereka dapat berjihad fi sabilillah. Jika mereka pergi untuk melaksanakan ibadah haji, umrah ataupun jihad, maka kamilah yang menjaga harta mereka, kemudian memelihara anak-anak mereka, maka apakah kami tidak mendapat pahala yang sama dengan mereka?"

Rasulullah s.a.w. mendengar pengaduan ini dengan penuh perhatian, setelah itu beliau berpaling kepada para sahabat, kemudian bersabda, "Wahai sahabat-sahabatku, pernahkah kalian mendengar suatu pertanyaan yang lebih baik dari pertanyaan wanita ini?" Para sahabat r.a. menjawab "Wahai Rasulullah, kami tidak akan menyangka seorang wanita dapat bertanya semacam itu." Kemudian Rasulullah s.a.w. berpaling kepada Asma r.a. dan bersabda, "Dengarkanlah kata-kataku dengan baik, lalu sampaikan kepada wanita-wanita muslimah yang mengutusmu ke sini, bahwa jika para wanita selalu berbuat baik kepada suaminya dan selalu mentaatinya, melayaninya dengan baik, dan sentiasa berusaha membuat suaminya gembira, maka semua itu merupakan suatu hal yang sangat berharga. Maka jika kalian dapat melakukan semua ini, maka kalian akan mendapatkan pahala yang sama dengan kaum lelaki."

Mendengar penjelasan ini, Asma r.a. begitu gembira dan kemudian dia segera kembali menjumpai para wanita yang menyuruhnya menghadap Rasulullah s.a.w.

HIKMAH DARI KISAH DI ATAS:
Seandainya para wanita dapat bergaul dengan suaminya secara baik dan sentiasa mentaati dan menyenangkan suaminya, maka ini adalah suatu kebaikan yang sangat besar. Tetapi pada zaman sekarang, jarang ada wanita yang dapat melakukan hal seperti itu.

Pada suatu ketika, para sahabat menghadiri majlis Rasulullah s.a.w. dan mereka bertanya kepada Baginda s.a.w., "Wahai Rasulullah s.a.w., kami melihat orang-orang di luar bangsa Arab begitu menghormati raja-raja dan pemimpin mereka dengan bersujud padahal engkau lebih pantas dihormati seperti itu". Rasulullah s.a.w. melarang para sahabat melakukan demikian dan kemudian Baginda s.a.w. bersabda, "Seandainya seseorang diperbolehkan bersujud kepada selain Allah, nescaya aku akan memerintahkan wanita bersujud di hadapan suaminya."
Pada kesempatan lain Rasulullah s.a.w. bersabda, "Demi Allah yang nyawaku ada dalam genggaman-Nya, seorang isteri tidak dapat memenuhi hak-hak Allah sebelum dia dapat menunaikan hak-hak suaminya."

Tuesday, March 9, 2010

ADAB MEMASAK

1. Untuk memasak juga ada beberapa adab, jika diikuti akan mendatangkan keberkatan dan menjadikan waktu memasak kita sebagai satu ibadat di mana akan memperolehi ganjaran dari Allah swt.

2.Apabila kita hendak mula memasak seeloknya ada wudhu dan bawalah 6 sifat dalam diri kita.

3. Hendaklah tutup kepala dan anggota aurat.

4. Masuk ke dapur bacalah doa :
  
"Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yang besar di sisimu dan persiapkanlah petunjuk untuk kami terhadap urusan kami". 

5. Doa waktu menyukat beras ialah:




6. Doa membuka periuk ialah:




7. Zikir waktu memasak ialah "Laisa laha min dunillahi kasyifah" dan kacau dari kanan ke kiri.

8. Doa memotong sayur, buah, ikan dan sebagainya:




9. Doa semasa meletak periuk atas dapur:




10. Apabila hendak simpan beras yang dibeli ke dalam bekas bacalah doa ini:

11. Untuk menyedapkan makanan, selawat 3 kali dan istighfar 3 kali.

Monday, March 8, 2010

AMALAN SUNNAH : ADAB TIDUR

1. Sebelum tidur ambil wudhu.

2. Pastikan kita telah solat sunat Taubat dan sunat Witir iaitu amalan Rasulullah s.a.w.

3. Habiskan bacaan Al-Quran iaitu surah As-Sajdah dan surah Al-Mulk. Rasulullah s.a.w. tidak tidur selagi  tidak baca dua surah ini.

4. Kibaskan tempat tidur 3 kali dari kanan ke kiri berserta doanya:

5. Sekiranya hendak bangun tahajjud, bacalah surah Al-Kahfi ayat 107-110. Niat untuk bangun tahajjud dan jika tidak terjaga masih mendapat pahala.
    6. Baca Ayatul Kursyi 3 kali dan ayat-ayat terakhir surah Al-Baqarah bermula dengan "Amanarrasul...".

    7. Baca Zikir Fatimah ( Tasbih 33 kali, Tahmid 33 kali dan Takbir 34 kali - Allah kurniakan kekuatan dua orang hamba sahaya).

    8. Bacalah 4 Qul sebanyak 3 kali dan tiap kali hembus pada tapak tangan dan sapu seluruh tubuh kecuali kemaluan dan tapak kaki. Kelebihannya Allah swt jauhi daripada terkena sihir dan godaan syaitan.

    9. Apabila hendak pejamkan mata (tidur), bacalah doa ini

    10. Tidurlah ikut sunnah Rasulullah s.a.w. iaitu dengan menghadap ke Qiblat. Tangan kanan di bawah pipi dan kaki kanan dibawah kaki kiri. Zikir atau selawat hingga terlena. Sebaik-baiknya zikir Allahu.

    11. Apabila mendapat mimpi yang elok ucapkan Tahmid (Alhamdulillah) dan apabila mimpi yang buruk ucapkan Ta'awwudz (A'udzubilaah) berserta isyarat ludah ke sebelah kiri.

    12. Apabila bangun dari tidur bacalah doa ini:

    13. Apabila bangun dan masuk bilik air, basuhlah tangan dahulu sebelum membasuk muka dan selawat.

    14. Tidur kita seluruh malam dikira ibadah jika doa ini dibaca:

    15. Sunnah pakai celak sebelum tidur tapi pastikan jenis celak terlebih dahulu. kelebihannya mencantikkan mata, menyinarkan mata dan jika diamalkan dengan istiqamah dan yakin maka mata tidak akan kabur. Sapu celak di mata kanan 3 kali dan mata kiri 2 kali. Doanya:





    Pesanan Rasulullah s.a.w. kepada Saidina Ali k.w.h. ketika hendak tidur:
    1. Baca Fatihah 4 kali - seperti menderma 84 000 di jalan Allah swt.
    2. Baca surah Al-Ikhlas 3 kali - seperti mengkhatam sebuah Al-Quran.
    3. Selawat 10 kali - seperti mengerjakan haji yang mabrur.
    4. Istighfar 10 kali - seperti menyatukan 2 orang Muslim yang sedang bertelingkah.
    5. Ucapkan Tasbih, Tahmid dan Takbir (Subhanallahu walhamdu lillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar) sebanyak 4 kali  fadhilatnya akan masuk syurga tanpa hisab. 

    Friday, March 5, 2010

    MENGHIDUPKAN AMALAN SUNNAH DI RUMAH (ADAB-ADAB PERJALANAN)

    Jika kita melakukan perjalanan semata-mata kerana Allah swt. dan mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w. , maka perjalanan tersebut akan dinilai sebagai ibadah dan akan mendapat pahala dari Allah swt. Berikut adalah adab-adab perjalanan:
    1. Sebelum memulai suatu perjalanan, sebaiknya kita melaksanakan solat Safar sebanyak 2 rakaat dan berdoa semoga Allah memudahkan perjalanan kita, rezeki kita, tempat tinggal dan juga ilmu yang akan kita pelajari.
    2. Ketika kita akan keluar rumah, sebaiknya kita membaca doa :
                     "Dengan nama Allah, aku bertawakkal kepada Allah. Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan (pertolongan) Allah".

    3. Keluar rumah dengan mendahulukan kaki kiri tetapi memakai selipar dengan mendahulukan kaki kanan.

    4. Hendaknya berpergian dengan berjamaah, jangan melalukan perjalanan seorang diri terutama pada malam hari.

    5. Menaiki kenderaan dengan membaca BISMILLAH dan duduk di dalam kenderaan dengan membaca ALHAMDULILLAH.

    6. Ketika berada di dalam kenderaan, membaca doa perjalanan iaitu:


    "Maha Suci Allah yang telah memudahkan ini bagi kami, padahal kami tidak sanggup mengendalikannya. Dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami".
    Kemudian membaca ALHAMDULILLAH 3 kali dan ALLAHU AKBAR 3 kali.

    7. Jika kenderaan mulai bergerak, kita disunnahkan membaca doa:

    "Ya Allah, mudahkanlah bagi kami perjalanan ini dan dekatkanlah bagi kami jaraknya. Ya Allah, Engkaulah teman dalam perjalanan dan pengganti penjaga dalam keluarga".

    8. Apabila jalan naik bukit ucapkan ALLAHU AKBAR; apabila jalan turun bukit ucapkanlah SUBHANALLAH; apabila jalan mendatar ucapkanlah ALHAMDULILLAH; dan jika jalan berliku-liku ucapkanlah LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH.

    9. Ketika menaiki kapal laut atau kapal terbang, kita disunnahkan membaca doa:

    "Dengan nama Allah pada waktu berjalannya dan pada waktu berlabuhnya, sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".

    10. Apabila melihat masjid maka ucapkanlah selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan apabila melihat tempat peribadatan agama lain maka ucapkanlah:


    "Tiada Tuhan selain ALlah (tiga kali). Tiada yang berhak disembah kecuali Allah".

    11. Apabila nampak kemewahan dunia semasa dalam perjalanan, maka ucapkanlah:

    " Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari fitnah dunia".

    12. Walaupun sedang melakukan perjalanan, sebaiknya kita berhenti apabila waktu solat telah tiba.
    13. Apabila kita telah sampai ke rumah yang kita tuju, maka ucapkanlah :
    "Ya Allah, turunkanlah saya pada temoat yang penuh berkah dan ENgkau adalah sebaik-baik pemberi rahmat".
    14. Sebelum memasuki rumah, maka kita membaca:
    "Semoga keselamatan, rahmat dan berkah Allah terlimpah kepadamu".

    Thursday, March 4, 2010

    ISTERI DIANGGAP DERHAKA PADA SUAMI JIKA...

    1. Apabila dipanggil oleh suaminya ia tidak datang. Sabda Rasulullah s.a.w. "Apabila suami memanggil isteri ke tempat tidur, ia tidak datang nescaya malaikat melaknat isteri itu hingga ke Subuh."
    2. Membantah suruhan atau perintah suami. Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesiapa sahaja yang tidak berbakti kepada suaminya maka ia mendapat laknat dari Allah swt dan malaikat serta semua manusia".
    3. Bermasam muka terhadap suami. Sabda Rasullulah s.a.w. "Mana-mana perempuan yang bermasam muka di hadapan suaminya bererti ia dalam kemurkaan Allah swt hingga ia senyum kepada suaminya atau ia meminta keredhaannya".
    4. Jahat lidah/mulu pada suami. Sabda Rasulullah s.a.w. " Ada empat golongan wanita yang akan dimasukkan ke dalam neraka, di antaranya ialah wanita yang jahat atau kesat lidahnya terhadap suaminya".
    5. Membebankan suami dengan permintaan yang di luar kemampuannya.
    6. Keluar rumah tanpa izin suaminya. Sabda Rasulullah s.a.w. "Mana-mana perempuan yang keluar rumahnya tanpa izin suaminya dia akan dilaknat oleh Allah swt. hingga dia kembali kepada suaminya atau suaminya redha terhadapnya."
    7. Menghina pengorbanan suami. Maksud Hadith: Allah swt tidak akan akan memandang (mempedulikan) pada isteri-isteri yang tidak berterima kasih kepada pengorbanan suaminya sedangkan dia masih perlukan suaminya.
    8. Menerima tetamu tanpa keizinan suaminya. Maksud Hadith: Jangan benarkan masuk ke rumahnya melainkan dizinkan oleh suami.
    9. Tidak mahu menerima tunjuk ajar suami. Maksud Hadith: Isteri yang derhaka hukum perbuatannya berdosa dan boleh gugur nafkahnya ketika itu. Jika ia tidak segera bertaubat dan meminta ampun dari suaminya, nerakalah di akhirat kelak. Apa yang isteri lakukan terhadap suami adalah semata-mata mendapat keredhaan Allah swt. 

    Wednesday, March 3, 2010

    TANGGUNGJAWAB ISTERI TERHADAP SUAMI

    1. Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud " Sesiapa sahaja isteri yang meninggal dunia sedang suaminya redha terhadap pemergiannya maka ia akan masuk syurga".
    2. Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud " Apabila seorang isteri telah mendirikan solat 5 waktu dan berpuasa di bulan ramadhan dan memelihara kehormatannya dan mentaati suaminya maka diucapkan kepadanya masuklah syurga dari mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki".
    3. Seorang perempuan datang ke hadapan Nabi s.a.w. lalu berkata " Wahai Rasulullah s.a.w., saya adalah wakil kaum wanita untuk menghadap tuan. Berperang itu diwajibkan oleh Allah swt hanya atas kaum lelaki, jika mereka terluka maka mendapat pahala dan kalau terbunuh maka mereka adalah tetap hidup di sisi Allah swt, dan dicukupkan rezeki (dengan buah-buahan syurga). Dan kami kaum wanita selalu melakukan kewajipan terhadap mereka (iaitu melayani mereka dan membantu keperluan mereka) maka apakah kami boleh ikut memperolehi pahala berperang itu?" Maka Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud " Sampaikanlah kepada wanita-wanita yang kamu jumpa bahawa taat kepada suami dengan penuh kesedaran maka pahalanya seimbang dengan pahala perang membela agama Allah swt, tetapi sedikit sekali daripada kamu sekalian yang menjalankannya"
    4. Wajib bagi seorang isteri :
      1. Merendahkan pandangannya di hadapan suaminya.
      2. Tidak khianat terhadap suaminya ketika ketiadaannya termasuk juga hartanya.
      3. Menunaikan hajat suami bila diajak oleh suaminya biarpun sewaktu sibuk atau susah ( Rasulullah mentamsilkan walau berada di punggung unta sekalipun)
      4. Meminta izin suami untuk keluar dari rumahnya.
    5. Diceritakan dari Rasulullah s.a.w. bahawa baginda bersabda maksudnya: "Sesungguhnya semua burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit meminta ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya dan sentiasa dalam keredhaan suaminya. Dan sesiapa sahaja di kalangan isteri yang tidak berbakti kepada suaminya maka ia mendapat laknat dari Allah swt dan malaikat serta semua manusia".
    6. Sesiapa sahaja di kalangan isteri yang bermasam muka di hadapan suaminya maka ia dalam kemurkaan Allah swt sehingga ia dapat membuat suasana yang menggembirakan suaminya dan mohon kerelaannya.
    7. A'isya r.a. berkata: "Wahai kaum wanita, seandainya kamu mengerti kewajipan dirimu terhadap suamimu tentu seorang isteri akan menyapu debu dari kedua telapak kaki suaminya dengan mukanya."
    8. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya "Jika seorang isteri berkata kepada suaminya 'tidak pernah aku melihat kebajikanmu sama sekali' maka hancur leburlah pahala amal kebajikannya."
    9. Nabi s.a.w. bersabda " Sesiapa isteri yang meminta cerai daripada suaminya tanpa sebab-sebab yang sangat diperlukan maka haramlah bau syurga ke atasnya."
    10. Hadith Nabi s.a.w. "Sesungguhnya Allah swt tidak melihat kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya."
    11. Nabi s.a.w. bersabda maksudnya "Urusan pertama yang ditanyakan kepada isteri pada hari qiamat nanti ialah mengenai solatnya dan mengenai urusan suaminya (apakah menjalankan kewajipannya terhadap suaminya atau tidak)"
    12. Nabi s.a.w. bersabda bermaksud: " 4 perempuan yang berada di neraka ialah
      1. Perempuan yang kotor mulutnya terhadap suaminya; suaminya tiada di rumah dia tidak menjaga dirinya dan jika suaminya bersamanya ia mengherdiknya.
      2. Perempuan yang memaksa suaminya untuk memberi apa yang di luar kemampuan si suami.
      3. Perempuan yang tidak mempunyai tujuan hidup kecuali makan, minum dan tidur dan ia enggan berbakti kepada Allah swt dan enggan berbakti kepada sumainya ( seorang isteri yang bersifat begini akan dilaknati Allah swt kecuali bertaubat)
      4. Wanita yang tidak menutupi dirinya dari kaum lelaki dan keluar rumah dengan menampakkan perhiasannya dan memperlihakan kecantikannya (untuk menarik kaum lelaki).
    13. Al-Hakim bercerita bahawa seorang perempuan berkata kepada Nabi s.a.w. "Sesungguhnya putera bapa saudaraku melamarku, oleh itu berilah peringatan kepadaku tentang kewajipan seorang isteri terhadap suaminya, kalau kebajikan itu sesuatu yang mampu aku jalankan, maka aku bersedia dikahwinkan." Maka baginda bersabda: " Andainya mengalir darah dan nanah dari kedua lubang hidung suaminya lalu dia (isteri) menjilatnya maka itupun belum dianggap menjalankan kewajipannya terhadap suaminya. Sekiranya diperbolehkan untuk manusia bersujud kepada manusia lain, nescaya daku perintahkan para isteri sujud di kaki suami mereka". Berkatalah perempuan itu, " Demi Tuhan yang mengutuskan tuan, aku tidak akan berkahwin selama dunia ini masih ada."
    14. Seorang isteri hendaklah menyedari bahwa seorang suami bagi isteri adalah bagaikan ayah bagi seorang anak kerana taatnya seorang anak kepada ayahnya dan memohon keredhaannya adalah wajib. Seorang suami pula tidak wajib mentaati isteri.
    15. Menjadi pendorong serta penasihat dalam hal-hal agama serta kebajikan.
    16. Memahami hal-hal yang digemari dan yang dibenci oleh suami.
    17. Segala tingkah laku dan perbuatannya hendaklah menyenangkan hati suami.
    18. Sentiasa menambahkan ilmu agamanya serta amalannya dengan apa cara sekalipun seperti dengan membaca serta mengikut majlis-majlis agama.
    19. Demi cinta terhadap suaminya, seorang isteri akan melakukan khidmat dan bakti kepada suaminya dari sebesar-besar perkara sehinggalah kepada yang sekecil-kecilnya seperti mengerat kuku, memotong misai dan meminyakkan rambut suami.
    20. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada Siti Fatimah r.a.: " Ya Fatimah, apabila seorang wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya maka Allah swt akan memberinya minum dari air syurga yang mengalir di sungai-sungainya dan dijadikan kuburnya menjadi sebuah taman yang indah dari taman-taman syurga."
    21. Sentiasa menyediakan air di sisi suami. Selama ia berbuat demikian, selama itulah ia didoakan keampunan oleh para malaikat. Dikatakan sekiranya isteri membawakan air kepada suaminya dengan senyuman maka ia mendapat pahala amalan puasa sunat satu tahun.
    22. Memasak mengikut kesukaan atau selera suami.
    23. Menampal baju atau pakaian suami yang koyak.
    24. Siapkan barang-barang keperluannya seperti sikat, celak, miswak, cermin dan minyak wangi di dalam satu bekas (sunnah).
    25. Ikut kemahuan suami dalam masa bergurau senda, memicit, mengipas dan sebagainya.

    Tuesday, March 2, 2010

    ADAB BERHADAPAN DENGAN SUAMI

    1. Ketika suami sedang bercakap, dengarlah dengan baik, diam dan tidak memotong percakapannya.
    2. Sikap suami hendaklah diterima dengan syukur, tidak menjawab apabila dimarahi dan bersabar ketika hati disakiti kerana kadang-kadang dia sengaja hendak menguji kita.
    3. Cepat bertindak ketika suami berhajat sesuatu sekalipun sedang letih. Tegasnya, taat kepada kehendak suami kecuali kehendak yang melanggar syariat.
    4. Memenuhi keperluan suami dengan baik, mengutamakan kehendak suami daripada anak-anak. Jika diizinkan bolehlah mendahulukan kehendak anak-anak atau orang lain.
    5. Ketika berhadapan dengan suami, eloklah sentiasa berhias diri, bersihkan mulut, berwangi-wangian (di dalam rumah) dan berwajah manis.
    6. Memuliakan ibubapa dan keluarga suami dan menghormati ibubapanya.
    7. Menjaga ketenteraman hati suami, membantu menyelesaikan masalah suami atau sekurang-kurangnya tunjukkan gembira dan simpati apabila perlu.
    8. Menjaga harta suami dengan baik dan tidak mengkhianatinya, menjaga kebersihan dan kekemasan rumah, menyediakan peralatan mandi dan pakaian sebelum suami ke bilik air.
    9. Mesti sama-sama merasai perasaan suami, suka kalau ia suka dan berduka kalau ia duka. Bergurau kalau ia bergurau, tenang kalau ia tenang dan terhibur tatkala menerima pemberian suami dan tidak memperkecilkannya. Tegasnya dapat menyelami perasaan suami dan sanggup berkorban demi kesenangan suami.
    10. Memelihara maruah suami.
    11. Memahami suami, jia dia pemimpin bantu dia dengan mengambil tahu hal kebajikan anak-anak buahnya. Jika dia guru kita hendaklah melengkapkan diri dengan ilmu. Hendaklah kita bersedia dengan apa sahaja keadaan, kedudukan atau perbuatannya.
    12. Sentiasa mendoakan suami dan tidak menyusahkan suami dengan kehendak peribadi. Sentiasa berakhlak baik dengan suami, tidak bergaduh di depan anak-anak. Hendaklah membela suami atau keluarga suami jika terfitnah walaupun hati sendiri yang terluka.
    13. Pastikan niat kita melayan suami semata-mata mengharapkan akan keredhaan Allah swt, semoga suami kuat beribadah, berjuang bersungguh-sungguh pada jalan Allah swt agar terjalin kasih sayang kerana Allah swt.
    14. Hendaklah isteri sentiasa bersikap malu terhadap suami.
    15. Memelihara kehormatan ketika suami tiada di rumah.
    16. Merasa cukup dengan apa yang ada (qanaah).
    17. Selalu bersikap belas kasihan serta hotmat pada suami dan sentiasa berasa diri kita yang bersalah.
    18. Merasakan suami mempunyai kelebihan. Antara sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya:
    "Allah swt membenci seorang isteri yang tidak kasih pada suaminya, sedangkan ia memang memerlukan suaminya"

    "Mana-mana isteri yang keluar rumah tanpa izin dari suaminya, tetaplah dia dalam kemurkaan Allah swt sehinggalah ia kembali atau suaminya redha kepadanya"

    "Apabila seseorang wanita itu tetap bersolat lima kali sehari, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mematuhi suaminya maka dapatlah dia memasuki syurga"

    Monday, March 1, 2010

    TUGAS ISTERI DI DALAM RUMAH

    1. Hendaklah sentiasa bersihkan rumah.
    2. Sediakan makanan untuk suami tanpa disuruh atau diminta.
    3. Sediakan makanan yang disukai oleh suami.
    4. Menjahit pakaian untuk suami dan anak-anak.
    5. Mencuci pakaian suami dan anak-anak. Pakaian yang telah dibasuh hendaklah dijirus supaya suci mengikut syarak.
    6. Menjaga harta suami, tidak menyerahkannay kepada orang lain tanpa keizinannya.
    7. Mendidik anak-anak menjadi manusia yang beriman agar tidak membebankan ibubapanya di akhirat kelak.
    8. Menjadi penghibur kepada suami ketika dia berada di rumah dengan memberi layanan yang baik. Seorang isteri dan ibu hendaklah menjadikan rumahtangganya seperti syurga buat suami dan anak-anak. Tanggungjawab wanita tersimpul dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w. :
                      "Apabila seorang wanita menunaikan kewajipannya terhadap Tuhannya, mentaati suaminya dan menggerakkan peralatan tenunannya, maka seolah-olah ia membaca tasbih terus menerus. Dan selama mana berkekalan alat tenunannya itu pada tangannya maka seolah-olah ia solat berjamaah. Apabila ia menjerang periuk untuk memberi makanan kepada anak-anaknya nescaya Allah swt menggugurkan segala dosanya (melainkan dosa besar)". (Riwayat Abu Hurairah)