Wednesday, March 17, 2010

KISAH-KISAH TAULADAN PARA WANITA SOLEHAH (BHGN 3)

AISYAH R.A. BERSEDEKAH DI JALAN ALLAH

Dikisahkan bahawa satu hari Aisyah r.a. mendapat hadiah dua buah kantung harta yang masing-masing berisi 100 000 dirham. Kemudian Aisyah r.a. membahagikan wang tersebut kepada fakir miskin dari pagi sampai petang hari sehingga wang itu habis tidak bersisa. Kebetulan pada hari itu, Aisyah r.a. sedang berpuasa dan tidak mempunyai makanan untuk berbuka kecuali hanya sedikit. Aisyah r.a. berkata kepada pembantunya, "Bawalah makanan untuk berbuka." Kemudian pembantunya itu membawakan sepotong roti dan minyak zaitun. Aisyah r.a. bertanya, " Adakah makanan yang lebih baik daripada ini?" Pembantunya menjawab, "Seandainya tadi engkau menyisakan satu dirham, tentu kita dapat memberli sepotong daging." Aisyah r.a. berkata, " Mengapa engkau baru mengatakannya sekarang? Seandainya engkau meminta sejak tadi, tentu saya akan memberikan kepada wang satu dirham."

HIKMAH DARI KISAH DI ATAS
Aisyah r.a. sering mendapat hadiah seperti ini, di antaranya dari Amir Muawiyah r.a., Abdullah bin Umar r.a., Zubair r.a. dan sahabat-sahabat lainnya kerana pada saat itu kaum muslimin sering memperoleh kemenangan dalam peperangan sehingga para sahabat banyak memiliki harta kekayaan dari ghanimah. Walaupun pada saat itu kaum muslimin banyak memiliki harta kekayaan namun Aisyah r.a. tetap hidup dalam keaadaan sangat sederhana. Bayangkan, pada hari itu Aisyah r.a. membahagikan wang kepada fakir miskin tetapi beliau sendiri tidak mempunyai sepotong daging pun untuk berbuka puasa.

No comments:

Post a Comment