Thursday, March 18, 2010

KISAH-KISAH TAULADAN PARA WANITA SOLEHAH (BHGN 4)

KETAKUTAN AISYAH R.A. KEPADA ALLAH SWT

Kita telah banyak mengetahui bagaimana perasaan cinta Rasulullah saw kepada Aisyah r.a.. Setiap kali Rasulullah saw ditanya tentang siapakah yang paling dicintainya , maka beliau akan menjawab, "Aisyah". Aisyah r.a. memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi untuk menjawab berbagai pertanyaan yang ditujukan kepadanya. Untuk memastikan jawabannya, banyak para sahabat menanyakan berbagai permasalahan kepada Aisyah r.a. Malaikat Jibril a.s. pun pernah mengirim salam untuk Aisyah r.a. Rasulullah saw pernah bersabda bahawa Aisyah r.a. adalah salah satu isterinya di syurga. Ketika Aisyah r.a. difitnah oleh orang-orang munafik, Allah swt telah membebaskannya dari fitnah tersebut dan menyatakan bahawa Aisyah r.a. tidak bersalah dengan menurunkan ayat-ayat Al-Quran. Aisyah r.a. sendiri pernah mengatakan bahawa dirinya mempunyai sepuluh keistimewaan yang tidak dimiliki oleh isteri-isteri Rasulullah saw yang lain. Ibnu Sa'ad r.a. telah menerangkan kelebihan-kelebihan tersebut secara terperinci.
Walaupun Aisyah r.a. memiliki banyak kelebihan, namun beliau memiliki perasaan takut yang tinggi kepada Allah swt. Sehingga dia sentiasa berkata, " Seandainya saya adalah sebatang pohon yang selalu berzikir kepada-Nya yang tidak akan dihisab di akhirat nanti; seandainya saya adalah sebuah batu; seandainya saya adalah sehelai daun dari perpohonan; dan seandainya saya adalah sekepal tanah."

No comments:

Post a Comment