Wednesday, March 10, 2010

KISAH-KISAH TAULADAN PARA WANITA SOLEHAH (BHGN 1)

ASMA R.A MENANYAKAN TENTANG PAHALA BAGI WANITA

Asma binti Yazid al Anshari r.a. adalah seorang sahabiyah Nabi s.a.w. Pada suatu hari dia datang menghadap Rasulullah s.a.w. dan berkata "Wahai Rasulullah, saya datang ke sini sebagai utusan dari kaum wanita. engkau adalah seorang utusan Allah kepada kaum lelaki juga kaunm wanita. Oleh kerana itu kami beriman kepada Allah juga kepada engkau. Kami kaum wanita sentiasa tinggal di rumah saya, tertutup oleh hijab dan kami selalu sibuk memenuhi segala keperluan dan keinginan suami, kami juga selalu menggendong dan mengasuh anak-anak mereka. Sedangkan kaum lelaki selalu sibuk dengan pekerjaan-pekerjaan yang mendatangkan pahala bagi mereka. Mereka dapat melaksanakan solat 5 waktu secara berjamaah di masjid dan juga solat Jumaat. Begitu juga mereka dapat melihat orang sakit, ikut dalam upacara jenazah dan menghantarkannya serta dapat melaksanakan ibadah haji dan yang paling utama dari semua ini adalah mereka dapat berjihad fi sabilillah. Jika mereka pergi untuk melaksanakan ibadah haji, umrah ataupun jihad, maka kamilah yang menjaga harta mereka, kemudian memelihara anak-anak mereka, maka apakah kami tidak mendapat pahala yang sama dengan mereka?"

Rasulullah s.a.w. mendengar pengaduan ini dengan penuh perhatian, setelah itu beliau berpaling kepada para sahabat, kemudian bersabda, "Wahai sahabat-sahabatku, pernahkah kalian mendengar suatu pertanyaan yang lebih baik dari pertanyaan wanita ini?" Para sahabat r.a. menjawab "Wahai Rasulullah, kami tidak akan menyangka seorang wanita dapat bertanya semacam itu." Kemudian Rasulullah s.a.w. berpaling kepada Asma r.a. dan bersabda, "Dengarkanlah kata-kataku dengan baik, lalu sampaikan kepada wanita-wanita muslimah yang mengutusmu ke sini, bahwa jika para wanita selalu berbuat baik kepada suaminya dan selalu mentaatinya, melayaninya dengan baik, dan sentiasa berusaha membuat suaminya gembira, maka semua itu merupakan suatu hal yang sangat berharga. Maka jika kalian dapat melakukan semua ini, maka kalian akan mendapatkan pahala yang sama dengan kaum lelaki."

Mendengar penjelasan ini, Asma r.a. begitu gembira dan kemudian dia segera kembali menjumpai para wanita yang menyuruhnya menghadap Rasulullah s.a.w.

HIKMAH DARI KISAH DI ATAS:
Seandainya para wanita dapat bergaul dengan suaminya secara baik dan sentiasa mentaati dan menyenangkan suaminya, maka ini adalah suatu kebaikan yang sangat besar. Tetapi pada zaman sekarang, jarang ada wanita yang dapat melakukan hal seperti itu.

Pada suatu ketika, para sahabat menghadiri majlis Rasulullah s.a.w. dan mereka bertanya kepada Baginda s.a.w., "Wahai Rasulullah s.a.w., kami melihat orang-orang di luar bangsa Arab begitu menghormati raja-raja dan pemimpin mereka dengan bersujud padahal engkau lebih pantas dihormati seperti itu". Rasulullah s.a.w. melarang para sahabat melakukan demikian dan kemudian Baginda s.a.w. bersabda, "Seandainya seseorang diperbolehkan bersujud kepada selain Allah, nescaya aku akan memerintahkan wanita bersujud di hadapan suaminya."
Pada kesempatan lain Rasulullah s.a.w. bersabda, "Demi Allah yang nyawaku ada dalam genggaman-Nya, seorang isteri tidak dapat memenuhi hak-hak Allah sebelum dia dapat menunaikan hak-hak suaminya."

3 comments:

  1. sebab suami zaman sekarang x sepenuhnya menjalankan tanggungjawab..segala tanggungjawab mencari nafkah, hal rumahtanggga tertanggung di bahu isteri, suami hilang wibawa sebagai suami, maka sebab itulah wanita zaman sekarang hilang keprcayaan kepada wibawa seorang suami. salah siapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya salah si istri, kenapa waktu mau menikah tidak di selidiki dulu,

      Delete
  2. sy sokong saudara Rahman,selagi lelaki itu bergelar suami, maka isteri tetap kena taat kepada suami,,,derhaka kepada suami neraka jawapannya...tapi tiada jika suami tak taat kepada isteri suami tiada dikata keneraka...kecuali sikap serta perbuatan isteri boleh menyebabkan suami keneraka..

    ReplyDelete