WANITA MENYAMBUNG RAMBUT
Perbuatan menyambung rambut atau memakai rambut palsu adalah termasuk perhiasan yang dilarang keras dalam Islam. Seseorang wanita Islam yang gemar menyambung rambut untuk apa jua tujuan sekalipun yidak dibenarkan dan dilaknat oleh Allah s.w.t. kerana mengubah anugerah Allah.
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Rasulullah s.a.w. melaknat wanita yang menyambung rambut atau minta disambung rambutnya". (Hadith Riwayat Bukhari)
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Rasulullah s.a.w. melaknat wanita yang menyambung rambut atau minta disambung rambutnya". (Hadith Riwayat Bukhari)
Dalam hadis lain Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Seorang wanita Ansar sudah berkahwin dan sesungguhnya dia sakit sehingga gugurlah rambutnya, kemudian keluarganya bermaksud untuk menyambung rambutnya, tetapi sebelumnya mereka bertanya dahulu kepada Nabi s.a.w., maka Nabi s.a.w. bersabda 'Allah melaknat wanita yang menyambung rambut dan yang minta disambung rambutnya' ". (Hadith Riwayat Bukhari)
No comments:
Post a Comment