Tuesday, October 5, 2010

Menganggap Islam akan berkembang apabila ada KUASA dan HARTA adalah salah...

Barangsiapa berkorban dengan ikhlas (untuk agama) maka pada suatu hari nanti pangkat dan harta akan datang mengikutinya. Ini adalah ujian yang sangat besar. Namun barangsiapa yang memburu kerajaan dan harta maka ketahuilah bahawa ia telah menukar kerja agama dengan pangkat dan harta. Ini akan memusnahkan segala penat lelahnya. Sebaliknya apabila ia tidak memandang pangkat dan harta, berkorban semuanya di jalan Allah maka suatu hari nanti ia akan menjadi perhatian , menyebabkan para kenamaan datang dan mengikutinya keluar ke jalan Allah. Jalan Rasulullah s.a.w. adalah jalan dakwah dan pengorbanan bukan jalan memburu kuasa, pangkat dan harta. ( Tazkirah Hadratji m. 161)

Adalah satu fikiran yang salah bahawa Islam akan berkembang apabila kita sudah mempunyai kuasa dan harta. Sedangkan mereka yang memilik kuasa dan harta sedang menguburkan agamanya hidup-hidup. Hari ini, orang yang mempunyai kuasa dan harta tidak dapat mencontohi kehidupan Abu Bakar r.a. dan Omar r.a. bahkan mengekori gelagat Kaisar, Kisra, Shaddad, Qarun dan sebagainya. Menyangka Islam akan tegak dengan perkara itu adalah fahaman yang salah sama sekali. Bila-bila pun Islam hanya berkembang dengan pengorbanan. Begitu juga zaman ini, Islam hanya berkembang dengan satu cara saja iaitu pengorbanan. Apabila Islam telah berkembang maka perkembangannya akan meluas sampai kepada wilayah musuh Islam di sekelilingnya. Apabila orang Islam sudah tidak mahu berkembang lagi maka kehebatan dan kekuatan Islam akan lenyap. (Tazkirah Hadratji m. 160)

No comments:

Post a Comment