SAUDAH BINTI ZAM'AH BIN QAIS R.A.
Setelah Khadijah r.a. meninggal dunia, pada tahun itu juga Baginda saw menikah dengan Aisyah r.a. dan Saudah r.a. tetapi ada perbezaan pendapat di antara para muhaddits tentang sipakah yang terlebih dahulu dinikahi oleh Nabi saw. Di antara para pakar sejarah ada yang mengatakan bahawa setelah menikah dengan Khadijah r.a. beliau menikah dengan Saudah r.a. baru kemudian dengan Aisyah r.a.
Saudah r.a. merupakan seorang janda. Ayahnya bernama Zam'ah bin Qais. Pada mulanya, Saudah r.a menikah dengan saudara sepupunya bernama Sakran bin Amar. Mereka berdua telah memeluk Islam dan hijrah ke Habasyah. Setelah berhijrah ke Habasyah, Sakran meninggal dunia. Tetapi ada sebahagian pakar mengatakan Sakran meninggal dunia setelah kembali ke Makkah. Setelah Sakran meninggal dunia pada tahun sepuluh dari kenabian, beberapa hari kemudain meninggallah Khadijah r.a. Dan tidak lama kemudian Rasuluulah saw menikah dengan Saudah r.a.
Salah satu kebiasaan Rasuluulah saw adalaj menyibukkan diri dalam solat. Pada suatu ketika Saudah r.a. juga ikut solat di belakang Rasulullah saw. Dia bertanya, "Wahai Rasulullah, mengapa engkau tadi malam solat dengan ruku' yang begitu panjang, sehingga hidung saya mengeluarkan darah?" Hal ini terjadi mungkin kerana badannya terlalu gemuk sehingga segala yang dilakukannya begitu berat.
No comments:
Post a Comment