- Allah Ta'ala berfirman yang bermaksud: "Dan gaulilah mereka (para isteri kamu) dengan cara sebaik-baiknya. (An-Nisa: 19)
- Dan Allah s.w.t. berfirman lagi: "Dan para wanita itu mempunyai hak yang seimbang dengan kewanitaannya menurut cara yang baik akan tetapi para suami itu mempunyai satu tingkatan kelebihan atas isterinya".
- Diceritakan dari Nabi s.a.w. bahawa baginda bersabda pada waktu haji wida' (perpisahan) setelah baginda memuji Allah swt. dan menyanjungiNya serta menasihati hadirin yang bermaksud: " Ingatlah (hai kaumku), terimalah pesanku untuk berbuat baik kepada para isteri. Isteri-isteri itu hanyalah dapat diumpamakan kawanmu yang berada disampingmu, kamu tidak dapat memiliki apa-apa dari mereka selain berbuat baik, kerana kalau isteri-isteri itu melakukan perbuatan yang keji yang jelas (membangkang atau tidak taat) maka tinggallah mereka bersendirian di tempat tidur dan pukullah mereka dengan pukulan yang tidak melukai. Kalau isteri itu taat kepadamu, maka janganlah kamu mencari jalan untuk menyusahkan mereka. Ingatlah! Sesungguhnya kamu mempunyai kewajipan terhadap isteri-isterimu dan sesungguhnya isteri-isterimu itu mempunyai kewajipan terhadap dirimu. Kemudian kewajipan isteri-isteri terhadap dirimu ialah mereka tidak boleh mengizinkan masuk ke rumahmu orang yang kamu benci. Ingatlah! Kewajipan terhadap mereka ialah bahawa kamu melayani mereka dengan baik dalam soal pakaian dan makanan mereka."
- Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: " Kewajipan seorang suami terhadap isterinya ialah suami harus memberi makan kepadanya jika ia makan dan memberi pakaian kepadanya jika ia berpakaian dan tidak boleh memukul mukanya dan tidak boleh memperolok-olokkan dia dan juga tidak boleh meninggalkannya kecuali dalam tempat tidur (ketika isteri membangkang).
- Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud "Siapa sahaja seorang lelaki yang mengahwini perempuan yang mas kahwin sedikit atau banyak, sedangkan dalam hatinya berniat tidak memberikan hak (maskahwin) perempuan tersebut kepadanya, maka ia telah menipunya, kemudain ia meninggal dunia sedang dia belum memberi hak perempuan tadi kepadanya, maka ia akan menghadap Allah swt. pada hari Qiamat dalam keadaan berzina".
- Sabda Nabi s.a.w."Sesungguhnya yang termasuk golongan mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang baik budi pekertinya dan mereka yang lebih hebat dalam mempergauli keluarganya (isteri, anak-anak dan kaum kerabatnya)."
- Nabi s.a.w. bersabda "Orang-orang yang terbaik antara kamu sekelian ialah mereka yang baik terhadap isteri. Dan saya adalah orang yang paling baik dari kamu sekelian terhadap isteri."
- Diceritakan dari Nabi s.a.w. "Barangsiapa yang sabar atas budi pekerti isterinya yang buruk, maka Allah swt memberinya pahala sama dengan pahala yang diberikan kepada Nabi Ayub a.s. kerana sabar atas percubaanNya.(Ujian keatas Nabi Ayub a.s. ada 4 iaitu habis harta bendanya, meninggal dunia semua anak-anaknya, hancur badannya dan dijauhi manusia selain isterinya Rahmah). Dan seorang isteri yang sabar atas budi pekerti suaminya yang buruk akan diberikan oleh Allah swt. pahala sama dengan pahala Asiah isteri Firaun.
- Dianjurkan bagi seorang suami memerintahkan isterinya (mengingatkannya dgn nada yang halus), menafkahinya menurut kemampuannya, berlaku tabah (jika disakiti oleh isterinya), bersikap halus kepadanya, mengarahkannya ke jalan yang baik dan mengajarnya akan hukum-hukum agama yang perlu diketahui olehnya seperti bersuci, haidh, dan ibadah-ibadah samada yang wajib atau sunat.
- Allah swt. berfirman yang bermaksud: "Hai orang-orang yang beriman, jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka". Ibnu Abbas berkata ,"Berilah pengertian agama kepada mereka dan berilah pelajaran akhlak yang baik kepada mereka."
- Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: " Takutlah kepada Allah swt. dalam memimpin isteri-isterimu kerana sesungguhnya mereka adalah amanat yang berada disampingmu. Barangsiapa yang tidak memerintahkan solah kepada isterinya dan tidak mengajarkan agama kepadanya, maka ia telah khianat kepada Allah swt. dan RasulNya."
- Nabi s.a.w. bersabda, "Tidak ada seseorang yang menjumpai Allah swt. dengan membawa dosa yang lebih besar daripada seorang suami yang tidak sanggup mendidik keluarganya".
Wallahualam
terima kasih...smoga Allah memberkati kamu.
ReplyDelete