Tuesday, October 5, 2010

HADIS SHAHIH MUSLIM MENGENAI HAID

CARA MANDI BERSUCI PEREMPUAN DARI HAID DAN JUNUB
Diriwayatkan dari 'Aisyah : Asma r.a. pernah bertanya kepada Nabi SAW tentang cara mandi bersuci perempuan dari haid. Kemudian beliau bersabda, " Ambillah air dan daun bidara, lalu cucilah bekas darah sehingga benar-benar bersih. Setelah itu, tuangkanlah air ke atas kepala sambil digosok-gosok dengan kuat sehingga dapat membasahi akar-akar rambutnya, lalu tuangkanlah air lagi ke atas kepala. Setelah itu, ambillah kain atau kapas yang telah diberi kasturi, lalu bersihkanlah lagi dengannya." Asma bertanya lagi, "Bagaimanakah cara saya bersuci dengan kapas kapas atau kain itu?" Beliau menjawab, "Subhanallah, bersihkan saja dengannya." Lalu 'Aisyah berbisik kepada Asma, "Susulkan gosokan-gosokan kasturi itu di tempat bekas-bekas darah (kemaluan)." Lalu Asma bertanya juga tentang cara mandi kerana junub. Kemudian beliau bersabda, "Ambillah air, lalu bersucilah dengan sebaik-baiknya. Setelah itu, tuangkanlah air di atas kepala sambil digosok-gosok sampai membasahi akar rambutnya. Lalu tuangkanlah air lagi ke atas kepala." Kemudian 'Aisyah berkata, " Sebaik-baik perempuan adalah perempuan Anshar, rasa malu tidak menghalangi mereka untuk memperdalam agamanya." (1:179-180 - S.M.)

ORANG HAID MENGAMBIL KAIN
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.: Rasululllah SAW berada di masjid, lalu beliau bersabda, "Wahai 'Aisyah, ambilkanlah kain itu!" 'Aisyah menjawab, "Saya sedang haid." Beliau bersabda, "Sesungguhnya, haidmu bukan di tanganmu." Akhirnya 'Aisyah mengambilkan kain itu. (1:168 - S.M.)

BERSANDAR PADA PANGKUAN ORANG HAID SAMBIL MEMBACA AL-QURAN
Diriwayatkan dari 'Aisyah r.a.: Rasulullah SAW seringkali bersandar ke pangkuan saya sambil membaca Al-Quran, padahal saya sedang haid. (1:169-S.M.)

TIDUR BERSAMA ISTERI YANG SEDANG HAID DALAM SATU SELIMUT
Diriwayatkan dari Ummu Salamah r.a.: Sewaktu saya tidur dalam satu selimut bersama Rasulullah SAW, tiba-tiba saya datang haid, saya pun pergi perlahan-lahan mencari kain yang biasa dipakai semasa haid. Kemudian Rasulullah SAW bertanya, " Apakah kamu datang haid?" Saya menjawab "Ya." Lalu beliau memanggil saya untuk tidur bersama dalam satu selimut. " Ummu Salamah berkata bahawa dia bersama Rasulullah SAW sering sekali mandi bersama kerana junub dalam satu bejana. (1:167 - S.M.)

BERCUMBU DENGAN ISTERI YANG SEDANG HAID
Diriwayatkan dari 'Aisyah r.a.: Apabil salah seorang di antara kami (isteri-isteri Nabi SAW) sedang haid, Rasulullah SAW memerintahkannya supaya memakai kain pada masa subur darah haidnya, kemudian beliau bercumbu dengannya (tanpa bersetubuh). Akan tetapi, siapakah di antara kamu yang kuat menahan syahwatnya sebagaimana Rasulullah SAW menahan syahwatnya? (1:167 - S.M.)

*** Sedikit info utk share: Sekiranya datang haid lebih dari 15 hari... maka hari ke 16 wajib mandi dan solat seperti biasa sebab hari ke 16 dan seterusnya dikira darah penyakit....

No comments:

Post a Comment