Dalam Islam pergaulan bebas antara seseorang wanita dengan lelaki bukan muhrim adalah haram hukumnya. Perbuatan ini berpunca dari kejahilan, lemahnya iman, terpengaruh dengan rakan-rakan dan pengaruh akhbar. Perbuatan ini boleh merosakkan moral dan peribadi serta menjatuhkan maruah dan imej diri serta keluarga.
Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: "Tidak dibenarkan seorang lelaki duduk berdua-duaan dengan wanita tanpa dihadiri Muhrim." (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: "Tidak berdua-duaan seorang lelaki dengan wanita melainkan yang ketiganya syaitan." (Hadith riwayat Ahmad, Tirmizi dan Hakim)
Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: "Takutlah kepada dunia dan wanita kerana fitnah yang mula-mula melanda kaum Bani Israil ialah wanita." (Hadith Riwayat Muslim)
No comments:
Post a Comment