Wednesday, October 13, 2010

LARANGAN RASULULLAH S.A.W. TERHADAP WANITA (BHGN 1)

WANITA MENDEDAHKAN AURAT
Dalam Islam setiap wanita wajib berhijab dan menutup aurat dari pandangan lelaki bukan muhrim dalam setiap keadaan. Ini bertujuan agar kaum wanita dapat menjaga dan memlihara kehormatan diri. Tambahan pula kaum wanita boleh menimbulkan fitnah bagi lelaki kerana kecantikan wajahnya. Rasulullah s.a.w. melarang keras ke atas kaum wanita Islam yang mendedahkan auratnya kerana perbuatan ini adalah mungkar dan menjatuhkan imej dan kesucian agama Islam.

Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: "Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, maka tidak boleh dilihat akan dia (auratnya) melainkan mukanya dan dua tangannya sampai pergelangan." (Hadith Riwayat Abu Daud)

Dalam hadis lain Rasulullah s.a.w. bersabda, bermaksud: "Dari Aisyah r.a. bahawa adiknya Aisyah binti Abu Bakar r.a. mengadap Rasulullah s.a.w. dengan pakaian yang nipis, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila seseorang wanita telah baligh maka tidak boleh lagi terlihat (auratnya) kecuali ini dan itu Rasulullah s.a.w. menunjukkan pada muka dan tapak tangan beliau." Hadith Riwayat Abu Daud. 

Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya termasuk ahli neraka iaitu perempuan-perempuan berpakaian tetapi telanjang (dedah aurat) yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk berbuat maksiat. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Hadith riwayat Muslim.)


Islam tidak melarang wanita-wanita berpakaian cantik dan indah asalkan tidak ada unsur-unsur mendedahkan aurat dan boleh membentuk muslimah yang mukminah. 

No comments:

Post a Comment