- Sebelum memulai suatu perjalanan, sebaiknya kita melaksanakan solat Safar sebanyak 2 rakaat dan berdoa semoga Allah memudahkan perjalanan kita, rezeki kita, tempat tinggal dan juga ilmu yang akan kita pelajari.
- Ketika kita akan keluar rumah, sebaiknya kita membaca doa :
3. Keluar rumah dengan mendahulukan kaki kiri tetapi memakai selipar dengan mendahulukan kaki kanan.
4. Hendaknya berpergian dengan berjamaah, jangan melalukan perjalanan seorang diri terutama pada malam hari.
5. Menaiki kenderaan dengan membaca BISMILLAH dan duduk di dalam kenderaan dengan membaca ALHAMDULILLAH.
6. Ketika berada di dalam kenderaan, membaca doa perjalanan iaitu:
"Maha Suci Allah yang telah memudahkan ini bagi kami, padahal kami tidak sanggup mengendalikannya. Dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami".
Kemudian membaca ALHAMDULILLAH 3 kali dan ALLAHU AKBAR 3 kali.
7. Jika kenderaan mulai bergerak, kita disunnahkan membaca doa:
"Ya Allah, mudahkanlah bagi kami perjalanan ini dan dekatkanlah bagi kami jaraknya. Ya Allah, Engkaulah teman dalam perjalanan dan pengganti penjaga dalam keluarga".
8. Apabila jalan naik bukit ucapkan ALLAHU AKBAR; apabila jalan turun bukit ucapkanlah SUBHANALLAH; apabila jalan mendatar ucapkanlah ALHAMDULILLAH; dan jika jalan berliku-liku ucapkanlah LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH.
9. Ketika menaiki kapal laut atau kapal terbang, kita disunnahkan membaca doa:
"Dengan nama Allah pada waktu berjalannya dan pada waktu berlabuhnya, sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".
10. Apabila melihat masjid maka ucapkanlah selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan apabila melihat tempat peribadatan agama lain maka ucapkanlah:
"Tiada Tuhan selain ALlah (tiga kali). Tiada yang berhak disembah kecuali Allah".
11. Apabila nampak kemewahan dunia semasa dalam perjalanan, maka ucapkanlah:
" Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari fitnah dunia".
12. Walaupun sedang melakukan perjalanan, sebaiknya kita berhenti apabila waktu solat telah tiba.
11. Apabila nampak kemewahan dunia semasa dalam perjalanan, maka ucapkanlah:
" Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari fitnah dunia".
12. Walaupun sedang melakukan perjalanan, sebaiknya kita berhenti apabila waktu solat telah tiba.
minta izin utk copy ye...
ReplyDeletesilakan
Delete