Saturday, January 21, 2012

KEPENTINGAN AL-QURAN

Assalamualaikum... lama rasanya tak menulis di blog ni... Sempena tahun 2012 ini, saya nak berkongsi tentang kepentingan Al-Quran dan sedikit ilmu yang saya perolehi dari bahan bacaaan saya.....

HALAQAH AL-QURAN (membaca 10 surah terakhir dalam Al-Quran)
Tujuan kita membuat halaqah Al-Quran bukan untuk mendengar siapa yang pandai membaca ataupun pandai tajwid atau tidak tetapi tujuannya kita mengamalkan membuat halaqah Al-Quran adalah untuk menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w. dan untuk mendapat keredhaan Allah swt.  Halaqah Al-Quran juga dapat menimbulkan minat dan keghairahan untuk membaca Al-Quran kerana dalam bentuk halaqah ada hikmahnya. Mendapat ganjaran bagi yang membaca dan mendengar. Dengan sendirinya dapat memperbaiki bacaan kita. Jika kita membaca 10 surah terakhir ini seperti kita membaca sebuah Al-Quran. 

Dikatakan jika kita tidak membaca dan tidak mendengar Al-Quran selama 3 hari, hati kita akan menjadi gelap dan keras seperti tidak ada Ruh. Rumah-rumah yang tidak ada pembacaan Al-Quran di dalamnya mungkin elok dan cantik di mata dunia tetapi di sisi Allah swt ia adalah seperti kuburan yang gelap gelita.

KELEBIHAN AL-QURAN
Di antara kelebihan atau ganjaran yang kita perolehi jika kita amalkan Al-Quran ialah:
  1. Mudah menjawab soalan Munkar dan Nakir.
  2. Sebagai teman di dalam kubur untuk mendapat nur  Al-Quran.
  3. Al-Quran akan memberi syafaatnya di akhirat kelak.
  4. Satu huruf yang disebut akan mendapat 10 Hasanah.
  5. Seorang Hafiz  Al-Quran akan membawa 10 ahli keluarganya masuk ke dalam syurga.
  6. Pembaca  Al-Quran ditempatkan di dalam saf orang-orang yang utama dan tinggi.
  7. Pembaca  Al-Quran dinaungi dengan payung Rahmat, dikelilingi oleh para malaikat dan diturunkan ke atasnya ketenangan.
  8. Pembaca  Al-Quran diharumkan baunya, disegani dan dicintai oleh orang-orang soleh.

Sabda Rasulullah s.a.w., "Aku tinggalkan dua perkara yang seandainya kamu berpegang dengannya nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu Al-Quran dan Sunnah".

Sama-samalah kita mengamalkan membaca Al-Quran setiap hari walau sebaris ayat.

1 comment:

  1. Terima kasih akhi kerana berkongsi artikel ini. Sangat banyak kelebihan Al Quran yang tidak kita ketahui, betapa penting nya mengkaji Al Quran itu sendiri.


    Membaca Al Quran

    ReplyDelete