Friday, February 26, 2010

6 PESANAN UNTUK WANITA (Bhgn Akhir)

5. KEHIDUPAN SEDERHANA
Hiduplah dalam keadaan yang sederhana mengikut kemampuan iaitu jangan sampai mendesak suami kita hingga di luar kemampuannya. Janganlah membeli benda-benda mewah yang membazir sehingga kita menjadi hamba dunia tetapi belilah benda yang bermanfaat sahaja. Dalam keadaan sibuk macaman sekalipun tentang urusan duniawi kita, jangan sekali-kali tinggalkan solat. Kita kena sederhana dalam segala urusan dunia ataupun akhirat mengikut cara Nabi s.a.w. Jangan ambil dunia sehingga lupa akhirat dan jangan ambil akhirat sehingga lupa dunia tetapi yang terbaik ialah ambil akhirat dan tidak lupa dunia. Pandanglah orang yang lebih rendah kehidupan duniawinya dari kita supaya rasa syukur dengan nikmat Islam dan pandanglah orang yang lebih tinggi kehidupan akhiratnya supaya kita rasa dahaga pada kasih sayang Allah s.w.t.

6. MENGGALAKKAN SUAMI/MUHRAM BERKORBAN DI JALAN ALLAH SWT
Kita sebagai seorang isteri dan juga ibu hendaklah menjadi pendorong untuk suami/muhram berkorban dengan apa cara sekalipun untuk mengakkan agama Allah swt. Ia bertujuan supaya suami/muhram kita dapat membawa balik agama dalam rumahtanggan kita dan supaya iman dan amal dapat diwujudkan. Tiap-tiap sesuatu jika dilakukan dengan pengorbanan maka perkara itu dapat diperolehi dengan berkesan dan akan memberi keuntungan dan manfaat. Begitu juga agama, untuk mendapatkan hakikat sepenuhnya perlu kepada pengorbanan.
Apabil tiap-tiap rumah orang Islam ada sifat membela agama maka akan wujudlah suasana kehidupan yang beragama iaitu suasana ketenteraman, ketengan dan kesefahaman. Fikir dan risau akan wujud iaitu bagaimana agama dapat ditegakkan dalam diri saya, keluarga saya, jiran saya dan bagaimana seluruh umat Nabi s.a.w. dapat ucap kalimah Lailahaillallah sebelum mati.  Marilah kita menjadi pendorong kepada mereka supaya dapat korbankan harta, tenaga, masa dan nikmat-nikmat yang Allah s.w.t. berikan untuk bersusah payah kerana Allah s.w.t. Begitu banyak dan terlalu amat banyak ganjaran atau kelebihan yang akan diperolehi jika isteri-isteri meredhakan suami-suami mereka berkorban demi agama Allah s.w.t.

1. Jika isteri meredhakan suaminya keluar di jalan ALlah s.w.t. maka dia akandimasukkan ke dalam syurga 500 tahun lebih awal dari suaminya untuk dihiasi sebagai ketua bidadari dan akan menunggu suaminya di pintu syurga.
2. Isteri yang di rumah juga akan mendapat ganjaran semua amalan suaminya semasa suaminya di jalan Allah s.w.t.
3. Satu tasbih (ucapan Subhanallah) yang diucapkan suaminya maka isteri di rumah akan mendapat 50 000 ganjaran.
4. 500 malaikat akan menjaga rumah-rumah di mana suami-suami tinggalkan untuk korbankan diri meraka di jalan Allah s.w.t.


Dikatakan jika wanita-wanita korbankan:

1. Hartanya, masanya dan menghadapi kesusahan kerana suaminya keluar di jalan Allah s.w.t. maka mereka ini di akhirat nanti dibangkitkan bersama-sama Hadhrat Khadijah r.a. dan Hadhrat Fatimah r.a.
2. Wanita-wanita yang  menghantar anak-anak mereka keluar di jalan Allah s.w.t. maka meraka akan dibangkitkan bersama Hadhrat Khansa r.a.
3. Wanita-wanita yang menghantar abang atau adik lelaki mereka keluar ke jalan ALlah s.w.t. maka meraka akan dibangkitkan bersama Hadhrat Safiyyah r.a.
4. Wanita-wanita yang meredhakan suami-suami mereka keluar di jalan Allah s.w.t. maka mereka ini akan dibangkitkan bersama isteri Ammar bin Jamuh r.a.

Islam: The Straight Path

No comments:

Post a Comment