Tuesday, July 26, 2011

Ibu Mertuaku.... oh ibuku.....

Rasulullah s.a.w. bersabda yg bermaksud:
Aisyah berkata:'Katakan padaku wahai Rasullulah, siapakah yg paling besar haknya ke atas seorg wanita?' Baginda menjwb:'Suaminya'.
Aisyah bertanya lagi:"Kalau atas seorg lelaki?" Baginda menjawab:"Ibunya."
(Riwayat al - Hakim, hadis sahih)

Apa lagi yang difikirkan wahai rakan-rakan muslimah semua... nampak tak betapa berhaknya suami ke atas kita.. apa pun yang kita lakukan perlu dapat keizinan dan keredhaan suami. Dan suami pulak.. janganlah salah guna kuasa 'hak' yang ada tu untuk melarang isteri tanpa alasan munasabah... gunakan hak itu sebaik mungkin agar apa pun yang dilakukan dalam kehidupan rumahtangga sentiasa diberkati Allah.

Ada antara kita yang tak nak memakai tudung bila keluar dari rumah ... jawapannya sebab suami tak kisah... dia suka saya pakai macam ni... Tapi kita sebagai wanita dan muslimah patut menyedarkan suami yang sebegini tentang betapa pentingnya amanat dan tanggungjawabnya membimbing kita ke jalan Allah swt.. kalau dia tak kisahpun... apa salahnya kita sendiri sedar tanggungjawab kita sebagai muslimah yang sepatutnya mengikut dan taat pada perintah dan larangan ALLAH swt di samping membantu suami mandapat pahala dan menjadi seorang isteri yang solehah.

Dan rakan muslimahku... janganlah sesekali kita membeza-bezakan ibu mertua dan ibu kita... tanggungjawab suami pada ibunya sampai ke mati... kita sebagai isteri hendaklah selalu mengingatkan suami tentang tanggungjawabnya terhadap ibunya andaikata dia lalai atau terlupa.. kita sepatutnya membantu suami manjadi anak yang soleh.. janganlah kerana kita pula para suami mengabaikan ibunya sendiri... betapa besarnya dosa yang ditanggung oleh suami kerana melebihkan isteri daripada ibunya sendiri... ibu mertua kita adalah keutamaan suami... kenapa perlu cemburu kalau suami kita mengutamakan ibunya... tidakkah kita mahu suatu hari nanti anak lelaki kita juga menyayangi kita seperti itu??... Anggaplah ibu mertua itu umpama ibu kita sendiri... InsyaALLAH hati kita akan tenang dan suami pun akan turut gembira dan bangga melihat betapa kita menyayangi ibunya... sekaligus kasih sayang dan cintanya kepada kita akan bertambah...

Akhir kata... sama-samalah kita berusaha untuk memelihara rumahtangga dan kehidupan kita agar sentiasa dibawah rahmat dan peliharaan Allah swt... Ibu mertuaku ibuku jua... :)