Sunday, February 28, 2010

WANITA PEMBENTUK GENERASI AHLI SYURGA

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka dia dijemput di akhirat supaya masuk syurga mengikut pintu mana yang dia suka (mengikut pilihannya)" Riwayat Ahmad.

Begitulah besarnya pahala bagi wanita yang berkahwin. Tidak perlu bersusah-payah untuk keluar rumah seperti kaum lelaki. Hanya dengan duduk di rumah sebagai seorang isteri dan ibu sudah memperolehi pahala yang banyak. Kalau suami redha dengan perlakuan seorang isteri itu maka akan terus masuk syurga tanpa melalui kesukaran. Nikmat ini tidak akan dapat diperolehi oleh wanita yang menolak perkahwinan kerana dia telah menolak untuk menjadi calon wanita solehah yang berada di bawah naungan suami.

Mentaati perintah suami melibatkan soal pendidikan anak-anak. Maka segala yang bersangkutan dengan perkara itu harus diberi perhatian. Hal seperti menjaga kesihatan diri dan anak-anak, menjaga keperluan anak-anak dan menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak. Maka segala perkembangan mengenainya perlu diberi perhatian serius.

Jika semua itu dapat dilakukan oleh semua kaum ibu maka akan terjadilah seperti kata pepatah Melayu "Tangan yang mengayun buaian itu boleh menggoncangkan dunia". Daripada mereka itulah lahir anak bangsa yang merdeka dan berakhlak mulia serta bertanggungjawab. Tidak akan lahir tokoh-tokoh yang hebat di dunia ini jika bukan kerana kasih seorang wanita pada anaknya.

Peranan yang besar ini wajib dilaksanakan oleh kaum wanita dengan bersungguh-sungguh. DI tangan merekalah penentu generasi masa depan sama ada bakal menjadi warga yang berjiwa Islam atau sebaliknya. Atas tanggungjawab itulah mereka layak mendapat jaminan syurga tanpa hisab dan bebas masuk syurga di mana-mana pintu yang mereka sukai seperti yang tersebut dalam hadis di atas.

Begitulah kemuliaan dan penghormatan yang Allah berikan kepada kaum wanita yang amanah, berjaya menunaikan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada anak-anaknya. Jika setiap kaum wanita berjaya membentuk individu yang beriman, maka sudah tentu suasana masyarakat juga akan terbentuk sebagai masyarakat Islam yang harmoni dan mentaati perintah Allah.

Saturday, February 27, 2010

Subhanallah.... Mudahnya seorang wanita mendapat pahala...

  1. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 orang lelaki yang jahat.
  2. Dua rakaat solat daripada wanita hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
  3. Wanita yang beri susu kepada anaknya daripada buah dadanya akan mendapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.
  4. Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri layan dengan baik akan mendapat pahala jihad.
  5. Seorang isteri yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
  6. Isteri yang melihat suami dengan kasih sayang dan suami pula melihat isteri dengan penuh kasih sayang, Allah s.w.t. akan pandang dengan penuh rahmat.
  7. Wanita yang menyebabkan sumainya keluar di jalan Allah s.w.t. dan kemudian menjaga rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya dan jadi ketua kepada 70 000 Malaikat dan bidadari. Wanita itu akan dimandikan dalam syurga lalu menunggu suaminya sambil menaiki kuda yang dibuat dari permata Yaqut.
  8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari ketana menjaga anak yang sakit akan diampun oleh Allah s.w.t. seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah s.w.t. memberinya 12 tahun pahala ibadat.
  9. Wanita yang memerah susu binatang dengan bacaan "Bismillah" didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
  10. Wanita yang menguli tepung dengan "Bismillah" Allah s.w.t. akan berkatkan rezekinya.
  11. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.
  12. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah s.w.t. mengizinkannya masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki.
  13. Pahala bagi wanita hamil adalah seperti berpuasa pada siang hari dan beribadat pada malam hari.
  14. Wanita yang bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah swt. akan beri satu pahala haji.
  15. Sekiranya wanita itu meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira masti syahid.
  16. Apabila seorang wanita yang menyusukan anaknya yang menagis diwaktu malam dengan sabar, dia dapat pahala satu tahun sembahyang dan puasa.
  17. Kalau wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh 2 suku tahun  maka malaikat di langit datang bawa khabar gembira bahawa syurga wajib bagi kamu.
  18. Kalau isteri layan suami tanpa khianat dapat pahala 12 tahun solat.
  19. Wanita yang picit suami tanpa disuruh dapat pahala 7 tola emas manakala isteri yang picit suami bila disuruh akan dapat pahala 7 tola perak.
  20. Wanita yang meninggal dunia dengan dapat keredhaan suaminya, dia akan masuk syurga.
  21. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.
  22. Jika suami mengajar satu maslaah agama pada isterinya dia akan dapat pahala 80 tahun ibadat.
  23. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah ALlah swt di akhirat tetapi Allah swt sendiri akan datang pada wanita yang memberati auratnya iaitu yang memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah (tetap).
  24. Seorang isteri yang menyambut baik kedatangan suaminya yang dalam keadaan marah, Allah swt beri kepadanya setengah pahala jihad.
  25. Allah swt berkati dalam rezeki bila seorang wanita memasak dengan zikir Bismillah.
  26. Allah swt akan melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrimnya.
Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: " Seorang wanita yang redha mengandung bayi hasil perhubungan dengan suaminya yang sah dan suaminya pula redha kepadanya, maka Allah akan memberi ganjaran pahala sepertimana pahala puasa fisabilillah. Bila dia merasa sakit ketika akan melahirkan, maka Allah tambah lagi pahala yang tidak terkira oleh manusia oleh kerana terlalu banyaknya. Bila telah melahirkan anak dan dia menyusu dengan susunya sendiri, maka setiap teguk susunya Allah berikan satu kebajikan. Bila dia semalaman tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sekejap-sekejap menangis, sakit dan sebagainya maka Allah beri lagi pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dalam Fisabilillah dengan ikhlas." (Hadith Riwayat Hassan bin Sofwan, AT Tabrani, Ibnu Asakir)


Mengenai layanan terhadap suami, Rasulullah s.a.w. bersabda kepada anaknya Fatimah yang bermaksud: " Mana-mana wanita yang melayani suaminya, meminyakkan rambut suaminya, menyikat janggutnya, menggunting misainya, memotong kukunya maka di akhirat dia diberi minum oleh Allah daripada air syurga dan dia diringankan seksaan ketika sakaratul maut, dalam kubur dia perolehi taman-taman seperti taman syurga dan namanya dicatat sebagai orang yang terlepas daripada seksa neraka dan selamat melintasi Titian SIrat tanpa menempuh kesusahan."

Friday, February 26, 2010

6 PESANAN UNTUK WANITA (Bhgn Akhir)

5. KEHIDUPAN SEDERHANA
Hiduplah dalam keadaan yang sederhana mengikut kemampuan iaitu jangan sampai mendesak suami kita hingga di luar kemampuannya. Janganlah membeli benda-benda mewah yang membazir sehingga kita menjadi hamba dunia tetapi belilah benda yang bermanfaat sahaja. Dalam keadaan sibuk macaman sekalipun tentang urusan duniawi kita, jangan sekali-kali tinggalkan solat. Kita kena sederhana dalam segala urusan dunia ataupun akhirat mengikut cara Nabi s.a.w. Jangan ambil dunia sehingga lupa akhirat dan jangan ambil akhirat sehingga lupa dunia tetapi yang terbaik ialah ambil akhirat dan tidak lupa dunia. Pandanglah orang yang lebih rendah kehidupan duniawinya dari kita supaya rasa syukur dengan nikmat Islam dan pandanglah orang yang lebih tinggi kehidupan akhiratnya supaya kita rasa dahaga pada kasih sayang Allah s.w.t.

6. MENGGALAKKAN SUAMI/MUHRAM BERKORBAN DI JALAN ALLAH SWT
Kita sebagai seorang isteri dan juga ibu hendaklah menjadi pendorong untuk suami/muhram berkorban dengan apa cara sekalipun untuk mengakkan agama Allah swt. Ia bertujuan supaya suami/muhram kita dapat membawa balik agama dalam rumahtanggan kita dan supaya iman dan amal dapat diwujudkan. Tiap-tiap sesuatu jika dilakukan dengan pengorbanan maka perkara itu dapat diperolehi dengan berkesan dan akan memberi keuntungan dan manfaat. Begitu juga agama, untuk mendapatkan hakikat sepenuhnya perlu kepada pengorbanan.
Apabil tiap-tiap rumah orang Islam ada sifat membela agama maka akan wujudlah suasana kehidupan yang beragama iaitu suasana ketenteraman, ketengan dan kesefahaman. Fikir dan risau akan wujud iaitu bagaimana agama dapat ditegakkan dalam diri saya, keluarga saya, jiran saya dan bagaimana seluruh umat Nabi s.a.w. dapat ucap kalimah Lailahaillallah sebelum mati.  Marilah kita menjadi pendorong kepada mereka supaya dapat korbankan harta, tenaga, masa dan nikmat-nikmat yang Allah s.w.t. berikan untuk bersusah payah kerana Allah s.w.t. Begitu banyak dan terlalu amat banyak ganjaran atau kelebihan yang akan diperolehi jika isteri-isteri meredhakan suami-suami mereka berkorban demi agama Allah s.w.t.

1. Jika isteri meredhakan suaminya keluar di jalan ALlah s.w.t. maka dia akandimasukkan ke dalam syurga 500 tahun lebih awal dari suaminya untuk dihiasi sebagai ketua bidadari dan akan menunggu suaminya di pintu syurga.
2. Isteri yang di rumah juga akan mendapat ganjaran semua amalan suaminya semasa suaminya di jalan Allah s.w.t.
3. Satu tasbih (ucapan Subhanallah) yang diucapkan suaminya maka isteri di rumah akan mendapat 50 000 ganjaran.
4. 500 malaikat akan menjaga rumah-rumah di mana suami-suami tinggalkan untuk korbankan diri meraka di jalan Allah s.w.t.


Dikatakan jika wanita-wanita korbankan:

1. Hartanya, masanya dan menghadapi kesusahan kerana suaminya keluar di jalan Allah s.w.t. maka mereka ini di akhirat nanti dibangkitkan bersama-sama Hadhrat Khadijah r.a. dan Hadhrat Fatimah r.a.
2. Wanita-wanita yang  menghantar anak-anak mereka keluar di jalan Allah s.w.t. maka meraka akan dibangkitkan bersama Hadhrat Khansa r.a.
3. Wanita-wanita yang menghantar abang atau adik lelaki mereka keluar ke jalan ALlah s.w.t. maka meraka akan dibangkitkan bersama Hadhrat Safiyyah r.a.
4. Wanita-wanita yang meredhakan suami-suami mereka keluar di jalan Allah s.w.t. maka mereka ini akan dibangkitkan bersama isteri Ammar bin Jamuh r.a.

Islam: The Straight Path

6 PESANAN UNTUK WANITA (Bhgn 3)

3. ISTIQAMAH MEMBACA AL-QUR'AN DAN ZIKIR
Al-Qur'an: Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda; "Tetaplah membaca Al-Qur'an kerana Al-Qur'an adalah nur untuk kehidupan ini dan bekalan untuk hari akhirat". Al-Qur'an merupakan teman di dalam kubur dan juga pemberi syafaat di akhirat. Kita hendaklah sedaya upaya cuba istiqamah membaca Al-Qur'an setiap hari sebab Al-Qur'an akan menuntut haknya di akhirat nanti, yang mana hak Al-Qur'an hendaklah khatam 2 kali dalam setahun. Jadi tiap-tiap hari kita lapangkan masa untuk membaca Al-Qur'an, sekurang-kurangnya satu juzuk setiap hari dan kalau tidak dapat, satu 'ain atau setengah 'ain.
Kita juga hendaklah membaca surah-surah di mana Rasullulah s.a.w. tidak lupa membacanya tiap-tiap hari antaranya Surah Yasin umpama kita khatam Al-Quran 10 kali, Surah Al-Waqiah menjauhkan daripada kepapaan, Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk (Taba) menjauhkan dari siksa kubur, Surah AL-Kahfi pada hari jumaat maka Nur akan bersama kita sehingga jumaat yang akan datang. Kita hendaklah mengajar anak-anak kita supaya membiasakan diri mereka dengan membaca Al-Qur'an setiap hari. Kita jadikanlah sekurang-kurangnya salah seorang dari anak-anak kita di kalangan para Hafiz Al-Qur'an.

Zikir : Berzikir iaitu mengingati Allah s.w.t. dalam setiap keadaan dan ketika. Kita hendaklah berzikir sebanyak-banyak yang kita boleh sehingga kita dapat merasa yang diri kita ini hampir pada Allah s.w.t. Sehingga kita terasa yang Allah s.w.t. melihat kita pada setiap waktu dan ketika. Kita hendaklah istiqamah dengan zikir iaitu 300 kali pagi dan 300 kali petang, iaitu selepas Subuh dan Asar. Sayang pada Allah dan untuk mendekatkan diri padaNya maka zikirlah 100 kali pagi dan 100 kali petang ~ Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu Akbar, wala haula wala quwwata illa billahil 'Aliyyil  'Azim ~ di mana sekali diucapkan Allah akan tumbuhkan satu pohon di syurga di mana pohon itu mengeluarkan 70 jenis buah-buahan dan hasilnya akan diperolehi di akhirat kelak.
Sebagai umat Rasullulah s.a.w. dan tanda kasihnya kita pada Baginda maka hendaklah berselawat 100 kali pagi dan 100 kali petang di mana satu selawat Allah s.w.t. akan ampunkan 10 dosa, diangkatkan 10 darjat dan diberikan 10 kebaikan. Sayangkan diri kita maka hendaklah kita beristighfar memohon ampun dari Allah s.w.t. sebanyak 100 kali pagi dan 100 kali petang. Kelebihannya Allah akan ampunkan dosa kita sebanyak buih di lautan. Juga jangan ditinggalkan Zikir Fatimah tiap-tiap lepas solat dan sebelum tidur. Juga amalkan doa-doa masnun.

4. MENDIDIK ANAK SECARA AGAMA DAN SUNNAH
Mendidik anak secara agam dan sunnah Rasulullah s.a.w. adalah kewajipan kedua ibu bapa terutama sekali diri kita kaum ibu yang sentiasa ada di rumah untuk mengawasi anak-anak. Jika kita dapat wujudkan suasana madrasah dalam rumahtangga kita iaitu suasana iman dan amal, maka dengan sendirinya anak-anak akan mendapat didikan agama yang lebih sempurna. DIkatakan madrasah pertama bagi anak-anak kita adalah di atas riba ibu-ibu. Kita adalah contoh yang akan mencorakkan kehidupan mereka. Jadi kita sebagai ibubapa perlulah mendekatkan anak-anak kita dengan kisah-kisah Rasulullah s.a.w. dan para Sahabat supaya kisah-kisah itu dapat membentuk akhlak dan peribadi anak-anak kita. Kita juga perlu mengawasi pergaulan mereka, akhlak mereka, pakaian dan makan minum mereka, Ajarlah supaya mereka yakin kepada Allah s.w.t. dan hendaklah kita ajar doa-doa masnun dan juga sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w. dalam setiap perbuatan mereka seharian. Pesanan Rasulullah s.a.w. "Didiklah anak-anakmu dengan tiga perkara iaitu cinta pada Nabi mereka, cinta pada ahli keluarga dan bacalah Al-Qur'an". Berdoalah untuk anak-anak kita supaya Allah s.w.t. jadikan mereka anak-anak yang soleh di kalangan para huffaz dan da'ie ilallah.
Persian Calligraphy Fine Art Print with Verse from the Koran No. 2

6 PESANAN UNTUK WANITA (Bhgn 2)

1. SOLAT DI AWAL WAKTU DAN GALAKKAN KAUM MUHRAM SOLAT DI TEMPAT DI MANA AZAN DILAUNGKAN
Kita hendaklah solat di awal waktu. Sebagai kaum wanita sebaik-baik tempat adalah di rumah dan di rumah pula seeloknya di dalam bilik. Walaupun kerja rumah kita banyak tetapi hendaklah kita cuba sedaya upaya kita untuk solat di awal waktu. Jadi hendaklah kita aturkan tugas kita di rumah mengikut waktu solat supaya kita dapat bereskan kerja kita sebelum masuk waktu solat. Jika kita dapat mengerjakan solat di awal waktu, ganjarannya begitu besar sekali. Di katakan jika berwudhu dan tunggu azan untuk solat maka di akhirat nanti Allah swt akan bangkitkan kita dengan muka yang bercahaya seperti cahaya matahari. Jika kita berwudhu ketika azan sedang dilaungkan maka kita akan dibangkitkan dengan muka bercahaya seperti bulan purnama dan jika kita berwudhu selepas azan dilaungkan maka kita akan dibangkitkan dengan muka bercahaya seperti bintang.
Solat juga akan menyerikan muka kita dengan Nur Taqwa pada wajah kita. Allah swt telah berjanji akan mengurniakan 5 ganjaran pada orang yang menjaga solatnya dengan sempurna. Kita juga sebagai wanita, kaum ibu dan isteri hendaklah menggalakkan kaum muhram kita solat berjamaah di masjid atau surau. Mafhum Hadith; Rasulullah s.a.w. bersabda; Jika tidak kerana kaum wanita dan kanak-kanak di dalam rumah itu nescaya aku bakar rumah-rumah di mana penghuni lelaki tidak pergi solat berjamaah di masjid. Jika suami kita pergi solat berjamaah di masjid dengan istiqamah, maka kita di rumah juga akan mendapat pahala solat berjmaah 27 kali. Oleh itu kita azamlah supaya kita dapat solat di awal waktu dan juga menggalakkan muhram kita solat di masjid.

2. ISTIQAMAH MENGHIDUPKAN TA'LIM DAN TA'ALLUM
Kita hendaklah menghidupkan suasana belajar dan mengajar agama di dalam rumah kita. Dengan itu suasana agama akan terbentuk, keberkatan akan datang dan penyakit rumah tangga akan hilang. Bacalah Al-Quran, kitab-kitab hadith atau kitab Fadha'il A'mal (karangan Sheikhul Hadith Maulana Zakariyya r.h.) kerana setiap ayat atau hadits yang dibaca ada Nur dan keberkatannya. Pada majlis itu juga kita boleh bermuzakarah dan bersoaljawab hal-hal agama dengan kaum keluarga kita supaya dapat memahami sunnah Nabi s.a.w dan tidak sesat. Untuk mendapatkan kesan dan manfaat dari ta'alim ini maka hendaklah dilakukan dengan istiqamah dan kasih sayang. Mesyuarat dengan suami dan anak-anak pada masa yang sesuai supaya demua rasa bertanggungjawab menghidupkan majlis ilmu tersebut.
Kalau boleh hadkan masa sekurang-kurangnya 15 minit hingga setengah jam. Hendaklah kita tetpkan masa dan tempat, lakukan dengan istiqamah dan kasih sayang kerana ini  akan mendatangkan kesan kepada diri kita. Dengan adanya ta'lim atau majlis ilmu ini tiap-tiap hari akan melembutkan hati-hati kita kerana Nur Quran dan hadith telah masuk dan dengan mudah untuk kita mengamalkan agama. Banyak sekali kelebihan jika kita adakan majlis ta'lim ini. Rumah-rumah kita akan bercahaya seperti bintang-bintang, syaitan-syaitan akan keluar dan para malaikat akan masuk dan rumah-rumah kita juga akan jadi sumber hidayat untuk jiran-jiran kita. Allah s.w.t. akan turunkan rahmat, keberktan, ketengan jiwa dan ketenteraman dalam rumahtangga InsyaAllah.

6 PESANAN UNTUK WANITA ( Bhgn 1)

Ada 6 pesanan untuk kaum wanita amalkan sebagai amalan nurani di dalam kehidupan kita seharian untuk menghidupkan suasana Iman dan Amal dalam rumahtangga kita. Apabila ada suasana agama dalam kehidupan maka hidayat dan nusrah dari Allah swt akan datang, rumahtangga dirahmati Allah swt, keberkatan dalam kehidupan kita dan ketenangan dalam jiwa kita. 6 Pesanan itu ialah:

1. Solat di awal waktu dan galakkan kaum muhram bersolat di tempat azan dilaungkan.
2. Istiqamah ta'lim dan ta'allum.
3. Istiqamah membaca Al-Qur'an dan zikir.
4. Mendidik anak secara agama dan sunnah.
5. Hidup sederhana.
6. Menggalakkan suami/muhram bermujahadah dijalan Allah swt.

PANDUAN WANITA SOLEHAH

Tanda-tanda perempuan yang baik maruah dan akhlaknya ialah

1. Berakhlak dengan Allah swt. Contohnya seperti tekun dan bersungguh-sungguh beribadat, sabar dalam menempuh kesusahan daripada Allah swt dan dalam mengerjakan perintah-Nya. Sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah swt serta banyak mengingati ALlah swt.

2. Mentaati suaminya, redha dengan pemberian suami, melayan suami dengan baik, bersopan santun dalam segala percakapan dan tindakan, menjaga aurat dan kehormatan diri dan memelihara maruah suami.

3. Berakhlak dengan ibu bapa, memuliakan mereka serta membantu dan menyenangkan mereka. Sentiasa berusaha mengajak keluarga kepada kebaikan dan keredhaan Allah swt.

4. Baik pergaulannya sesama rakan, jiran dan masyarakat sekeliling. Tidak mengganggu dan menyakiti mereka malah membantu dan memudahkan mereka dengan apa yang termampu.

5. Tumpuan hatinya ialah memperbaiki akhlak, mengurus rumahtangga dengan baik, memelihara ibadah dan menjaga hubungan dengan manusia.