Monday, December 27, 2010

Nak jadik isteri solehah.... tapi takde masa nak buat ibadat sunat... camana ni????

Kembali menulis setelah bercuti beberapa hari... mencari bahan untuk dikongsi bersama dengan para wanita dan isteri yang membaca blog ini... sama-samalah kita berusaha menjadi wanita solehah... aminnn

Abu Umamah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. telah bersabda " Kebaikan yang terbaik selepas bertakwa kepada Allah bagi seseorang itu ialah mempunyai isteri yang solehah. Jika dia menyuruhnya, dia patuh. Jikalau dia (suami) melihat kepadanya menjadikan suaminya gembira. Apabila dia mengambil janji daripadanya (si isteri), dia menjunjungnya dan apabila dia jauh daripadanya, dia memelihara dirinya (maruahnya) dan harta-harta suaminya."

Di dalam riwayat lain, Rasulullah s.a.w bersabda: "Seluruh dunia ini adalah manfaat yang sementara dan manfaat sementara yang terbaik ialah isteri yang solehah."

Khazanah yang terbaik ialah isteri yang solehah. Kesolehan dan nilai seorang wanita Islam bukanlah diukur dengan banyaknya dia beribadat sunat. Sebagai tambahan kepada amalan biasanya dan ibadatnya, kedudukan wanita dan kesolehannya bertambah melalui ketaatan kepada suaminya. Wanita yang menimbulkan rasa tidak senang hati suaminya tidaklah dikatakan seorang yang solehah, walaupun dia sibuk dengan membanyakkan solat sunat dan zikir.

Jadi... sedar atau tidak... untuk mencapai impian kita menjadi wanita solehah... bukanlah bergantung kepada ibadat sunat tetapi peranan kita sebagai isteri dan ibu adalah penting. Seorang isteri yang menunaikan ibadat fardhunya dan berusaha untuk membahagiakan suaminya melalui perbuatan, khidmat dan sikapnya adalah maratus solehah yang disanjungi oleh Islam. Sebahagian besar masa kita melakukan tugas-tugas di rumah... janganlah kita mengeluh. Kita mungkin tiada banyak masa untuk melakukan ibadat-ibadat sunat. Janganlah kita membayangkan yang kita dinafikan daripada pahala yang besar yang terhasil sekiranya kita melakukan ibadat sunat. Sebenarnya tugas yang kita lakukan di dalam rumahtangga dan khimat kita yang setia dan cinta sejati kita pada suami menjaminkan pahala yang besar , pahala yang sama yang diperolehi oleh orang-orang lelaki di dalam jihad.

Semua ke lapan-lapan pintu syurga terbuka untuk wanita yang solehah, taat dan kehidupannya yang pendek di dalam dunia ini untuk tunduk patuh kepada kehendak dan ragam suaminya di dalam perkara-perkara yang dibenarkan oleh syariah akan membebaskannya di akhirat. Dia tidak akan diarahkan oleh malaikat untuk masuk syurga melalui pintu mana-mana pintu. Dengan penuh penghormatan dia akan mencapai kebebasannya yang terakhir dan mulia apabila setiap puintu syurga dibukakan untuknya menggambarkan tamatnya batasan duniawi yang telah diletakkan ke atasnya oleh syariah...

Allahu Akbar... betapa besarnya pahala yang Kau limpahkan kepada hamba-Mu.... marilah kita mengambil peluang yang diberikan kepada kita kaum wanita untuk mendapat keredhaan daripada Allah... dan berusahalah kita menjadi isteri, ibu dan wanita solehah...

Wednesday, December 15, 2010

Ibu... nak susu.... nak susu....

Anak nak susu... apa yang kita buat.... cepat-cepat bancuh susu lembu untuk anak kita... senang... mudah... tak payah nak selak-selak baju menyusukan anak.... betul ke macam tu?.... Anak tu anak kita... umur pun kecik lagi... tapi pi bagi susu lembu awatnya?... 9 bulan kita usung perut besar tu ke sana ke mari... last-last lembu yang dapat bagi susu kat anak kita... ishh... ruginya.... dah tu susu kat badan kita nak bagi sape minum.... hehehe... pikirlah sendiri jawapannya... malu pulak nak tulis kat sini... Ada jugak yang pikir tak nak bagi susu badan takut bentuk badan tak cantik nanti... takut bentuk payudara tak lawa dah... takut itulah... takut inilah... tak sempat nak bagi susu sebab kerjalah.... macam-macam lagi alasan yang diberi... Tapi kalau kita tahu betapa besarnya pahala dan kelebihan susu dalam badan kita ni, maka kita akan sedar betapa ruginya kita tidak menyusukan anak-anak kita sehingga umur mereka sekurang-kurangnya 2 tahun.

Kebanyakan ibu pada hari ini enggan menyusui bayi-bayi mereka kerana mereka mementingkan diri sendiri sehingga mendorong mereka menafikan hak anak-anak mereka menyusu susu ibu. Keengganan menyusu anak-anak ini membuatkan ibu tersebut melakukan ketidakadilan kepada anak-anaknya.

Hadis menekankan supaya menyusukan anak dan menyatakan betapa mulianya ibu yang menunaikan tugas yang bersifat tabii ini. Rasulullah s.a.w. telah bersabda, " Bagi setiap teguk susu yang dihisap oleh si anak, si ibu mendapat satu amalan baik. Jikalau si ibu terpaksa bersengkang mata pada waktu malam kerana anaknya, dia mendapat ganjaran umpama membebaskan 70 orang hamba di jalan Allah."

Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda "Apabila seorang ibu menyusukan anaknya (dengan susu badan) , maka setiap teguk susu yang dihisap oleh anaknya dia mendapat ganjaran pahala bersamaan ganjaran menghidupkan orang mati. Apabila dia menceraikan susuan anaknya, seorang malaikat yang khas memberi tahniah kepadanya kerana berjaya menunaikan tanggungjawab yang mulia ini. Dan malaikat itu berkata "Segala dosa-dosamu yang lepas diampunkan"."


Sekarang, apabila telah diberitahu betapa Islam menekankan akan penyusuan susu ibu dan ganjaran yang besar bagi tanggungjawab ini, harap-harap tiada lagi wanita muslimah yang membaca ini mengambil remeh dengan tugasnya kepada Allah Taala. Kita sebagai wanita muslimah sebenarnya tak perlu dorongan daripada pakar-pakar bukan Islam yang menulis mengenai nilai dan faedah susu ibu ini tetapi kita sebenarnya telah dan sepatutnya mengikut dorongan daripada anjuran yang diberitahu oleh Rasulullah s.a.w. berlandaskan ajaran Islam.

Jadi... sesiapa yang ada baby kecil di rumah.. dan masih ada susu badan... balik ni cepat-cepat bagi susu badan dan berazamlah untuk menyusukan anak anda sehingga umur mereka 2 tahun.... kalau bekerja.. pamlah susu tu dan simpan untuk diberikan semasa anda pergi kerja... masa yang paling baik untuk pam susu ialah semasa anda menyusukan bayi anda... bagi sebelah pada bayi dan sebelah lagi anda pam... semoga berjaya membuat azam baru sempena Tahun Baru Islam.... amin...

Tuesday, December 14, 2010

Alahai... balik rumah isteri pakai batik senget... :(

Hari ini nak kongsi info sikit berkenaan isteri yang berhias. Bila sebut berhias ni secara automatik mesti kita fikir nak pergi mana-mana... nak keluar dari rumah berjalan-jalan.... belek muka sepuluh kali depan cermin... nampak tak parut jerawat... foundation cover tak bekas-bekas jerawat... lipstick comot tak... tudung tajam tak... awning tudung patah ke tak... dan macam-macam lagi kan... ini hakikat yang kita tak boleh lari... tapi berapa ramai antara kita yang berhias dan pastikan semua perkara yang saya sebut kat atas tu rapi atau tidak bila masa suami nak balik ke rumah dari kerja dah tiba.... ni suami nak tengok kita ni... bukan orang lain... Mesti ramai yang fikir... "alahai.... dah jadik suami aku... aku comot ke tak dia tetap dah jadi milik aku". Amboi.. dulu masa bercinta nak jumpa... tahu pulak nak berhias no... la ni selekh aje... bedak sejuk penuh comot kat muka... kain batik pun ikat senget... ok... now to the point....

Di antara maksiat orang-orang kafir yang diperolehi oleh wanita-wanita Islam yang "bebas" pada masa sekarang ni ialah tabiat menghias dan mencantikkan diri mereka untuk tontonan orang lain. Sedangkan ISLAM menyuruh isteri-isteri yang muslimah berhias semata-mata untuk suaminya namun ramai antara kita yang memilih sebaliknya. Dia akan berhias untuk orang lain apabila dia keluar daripada rumah. Tetapi untuk suaminya, sendiri fahamlah yer... :).

Menjadi kewajipan kita sebagai isteri untuk mencantikkan dirinya untuk suaminya. Sebaliknya adalah haram baginya menghiasi dirinya untuk orang lain. Seorang wanita yang menghiasi dirinya untuk orang lain dicela dan dikutuk dengan keras oleh Islam. Rasulullah s.a.w. telah membandingkan isteri yang demikian sebagai "Hari yang gelap pada hari kiamat".

Apa lagi rakan-rakan muslimah sekelian... balik kerja nanti... singgahlah pasaraya... beli baju seksi-seksi sikit untuk kita bergaya di dalam rumah... bergaya depan suami.... suami tengok halal... berbunga-bunga hati suami tengok isteri bergaya untuk tatapan dia sahaja.. janganlah asyik dengan t shirt yang lusuh... kain batik yg dah tak nampak warna.... dan para suami plak kalau ada terbaca ni... janganlah plak tengok isteri bergaya dalam rumah anda kata dia buang tebiat plak... bagilah sokongan... apa salahnya anda belikan pakain yang menarik dan yang anda suka nak tengok isteri anda pakai untuk tatapan anda sahaja sebagai hadiah...

Sama-samalah kita mencuba ye... semoga ikatan perkahwinan kita semua bertambah manis....

Monday, December 13, 2010

Apabila Si Suami Memanggil.....

Menjadi kewajipan si isteri menyahut seruan suaminya. Walaupun dia sedang sibuk memasak atau melakukan apa-apa kerja lain, panggilan suaminya adalah diutamakan. Janganlah dia melambat-lambatkan seruan suaminya. Dia kena tangguhkan apa-apa sahaja yang dibuatnya.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda " Apabila si suami memanggil si isteri untuk tidur bersama dan dia enggan, lalu si suami tidur dalam keadaan yang dia tidak redha (kepadanya) , para malaikat akan mengutuknya sampai ke pagi." (Bukhari)

Maka penting sekali bagi seorang isteri muslimah memahami keperluan dan kewajipannya untuk meninggalkan segala rupa kegiatan dengan segera setelah suaminya memanggil. Kutukan malaikat samalah dengan kemurkaan Allah.

Jadi... wahai rakan-rakan muslimahku sekelian... kalau sebelum ni kita seperti lalai dan ambil mudah dengan panggilan suami... lepas ni kenalah kita lebih PEKA... bukan PEKAK....  :)

Monday, November 29, 2010

10 SEBAB HATI KITA MATI DAN DOA TIDAK DIMAKBULKAN

Doa kamu  tidak dimakbulkan Allah swt. kerana hati kamu telah mati disebabkan oleh 10 perkara:

1. Kamu mengenali Allah st. tetapi kamu tidak tunaikan hak-hakNya.
2. Kamu mengakui mencintai Rasulullah s.a.w. tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
3. Kamu membaca Al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengan isi kandungannya.
4. Kamu mengaku bahawa syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.
5. Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah swt. tetapi kamu tidak bersyukur kepadaNya.
6. Kamu mengakui benar wujudnya syurga tetapi kamu tidak beramal untuknya.
7. Kamu mengakui benar wujudnya neraka tetapi kamu tidak lari daripadanya.
8. Kamu mengakui benar wujudnya kematian tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
9. Kamu bangun dari tidur lalu menceritakan keburukan manusia tetapi kamu lupa tentang keburukan diri sendiri.
10. Kamu mengebumikan jenazah saudara-saudara kamu tetapi kamu tidak menjadikan pelajaran ke atas mereka.

Friday, October 29, 2010

KEUTAMAAN KHURUJ FI SABILILLAH

Sesungguhnya banyak kelebihan yang diberikan oleh Allah Swt. kepada lelaki atau wanita yang keluar di jalan Allah untuk melakukan usaha agama , antaranya ialah:

- Apabila seseorang keluar dari rumahnya untuk khuruj fi sabilillah, maka ketika ia memakai sepatu atau selangkah sahaja keluar dari rumahnya, Allah swt. mengampuni dosa-dosanya. (mahfum hadith)

- Satu perkataan yang digunakan untuk menyeru manusia untuk taat kepada Allah, maka Allah swt. akan memberinya ganjaran satu tahun ibadah. (mahfum hadith)

- Seseorang yang melangkah dari rumahnya untuk khuruj fi sabilillah, maka malaikat yang memikul 'Arsy akan berdoa:
         1. Ya Allah, ampunilah dosa orang yang keluar di jalan-Mu.
         2. Ya Allah, ampunilah dosa-dosa orang yang ditinggalkan oleh orang yang keluar di jalan-Mu.
         3. Ya Allah, satukan mereka di dalam syurga kerana mereka di dunia berpisah kerana Engkau.
          (mahfum hadith)

- Doa orang yang keluar di jalan Allah akan dimakbulkan (mahfum hadith)

- Setiap wang yang digunakan untuk keluar di jalan Allah, maka Allah swt. akan memberinya ganjaran
70 000 ganda (mahfum hadith)

- Solat di Masjidil Haram 100 000 kali lebih utama daripada solat di masjid lain. Solat di Masjid Nabawi 50 000 kali lebih utama daripada solat di masjid lain. ttapi untuk solat orang yang telah berkeluarga ketika khuruj fi sabilillah , maka Allah swt. akan memberi pahala 4.9 juta kali ganda bahkan lebih banyak lagi. Begitu juga dengan pahala ibadah-ibadah lainnya. Pahala yang demikian banyak hanya akan diperoleh jika khuruj fi sabilillah. (mahfum hadith)

- Sepagi dan sepetang khuruj fi sabilillah lebih berharga daripada dunia dan segala isinya.

- Debu-debu yang melekat di tubuh dan pakaian orang yang keluar dijalan Allah akan terhalang dari asap api neraka. (mahfum hadith)

- Orang yang mengajak kepada kebaikan maka dia akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang mengamalkannya. (mahfum hadith)

-Seorang wanita yang redha suaminya khuruj fi sabilillah , maka Allah swt. akan memasukkan wanita itu 500 tahun lebih dahulu daripada suami mereka dan ia akan menghiasi dirinya dan menunggu suaminya di pintu syurga.

Friday, October 22, 2010

WANITA MENYUMPAHI ANAK

Anak adalah anugerah Allah swt kepada pasangan suami isteri atau ibubapa dalam sebuah rumahtangga. Pengorbanan suami isteri atau ibubapa dalam mendidik dan menjaga anak amatlah berat dan besar. Dalam keadaan tertentu kadangkala ibu bapa tidak dapat mengawal perasaan dan sikap mereka sehingga lahir kata-kata dan ucapan dan tindakan yang tidak baik terhadap anak seperti menyumpah dan menghina.

Sebenarnya ada waktu-waktu tertentu Allah swt akan kabulkan doa seorang ibubapa semasa menyumpahi anak-anak. Oleh itu ibubapa atau suami isteri janganlah terlalu mudah melemparkan kata-kata yang tidak baik atau mnyumpahi anak ketana bimbang kata-katanya atau doanya dikabulkan Allah dan anak-anak akan mengalami nasib sebagaimana yang diucapkan. Dalam hal ini, selain dari anak, diri dan segala harta kekayaan juga tidak boleh disumpahi agar tidak bertepatan dengan waktu pengabulan doa sehingga selamat dari bahaya dan malapetaka.

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Janganlah kamu sekalian menyumpahi diri kamu dan jangan pula menyumpahi anak-anak kamu, pembantu kamu, harta kamu, kerana kamu tidak mengetahui saat permintaan (doa) dikabulkan sehingga Allah akan mengabulkan sumpahan itu". (Hadith Riwayat Abu Daud)


Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Seseorang Muslim bukanlah orang yang suka mencerca, bukan suka menghina, bukan suka berbuat keji dan bukan suka bercakap keji". (Hadith Riwayat Tirmizi)

Thursday, October 21, 2010

MENDIDIK ANAK SECARA ISLAM

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: " Sesungguhnya setiap bayi yang lahir itu fitrah (suci). Kedua orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi".


Anak-anak yang dilahirkan adalah seperti kain putih yang bersih. Ibu bapalah yang membentuk anak itu apakah ia menjadi seorang yang mentaati perintah Allah swt atau sebaliknya. Setiap orang tua harus bercita-cita menjadikan anak mereka solih dan solihah. Oleh itu, mendidik anak-anak dengan agama harus dimulai sejak anak itu masih berada di dalam kandungan. Berikut adalah beberapa tips mendidik anak secara Islam:


1. Ketika seorang ibu sedang mengandung, ia haruslah banyak beribadah, membaca al Quran, terutama surah-surah yang dianjurkan seperti surah Yusuf, surah Luqman dan surah Maryam.

2. Ketika bayi itu lahir, jika bayinya lelaki maka diazankan di telingan kanannya dan jika bayi itu perempuan maka dikumandangkan qamat dia telinga kanannya; masukkan manisan ke dalam mulutnya, masukkan dengan jari telunjuk kanan, tekan ke langit-langit dan gerakkan ke kanan-kiri; cukur rambutnya untuk menguatkan ingatan; berilah nama yang baik dan adakan aqiqah pada hari ke tujuh setelah dilahirkan.

3. Anak-anak mudah terpengaruh oleh lingkungan di sekitarnya. Hal itu akan mempengaruhi pertumbuhan fikirannya. Oleh kerana itu, kita harus teliti dalam memilih lingkungan untuk anak. Apabila seorang ibu akan menyusui anaknya, hendaknya berwudhu, membaca selawat dan berzikir selama menyusui anak tersebut.

4. Apabila anak mulai belajar berbicara, perkataan yang pertama kali diajarkan kepadanya adalah 'ALLAH'. Apabila lafaz Allah yang pertama kali diucapkan oleh anak kita yang mulai belajar berbicara, maka Allah swt akan membangkitkan kita dengan wajah bercahaya seperti bulan purnama di padang mahsyar nanti

5. Ajarkan ada-adab sunnah dalam kehidupan sehari-hari seperti adab tidur, adab istinja', adab makan dan sebagainya. Apabila ia mulai dewasa, insyaAllah ia akan mudah mengamalkan sunnah.

6. Apabila anak menginjak umur 7 tahun, ajari mereka solat. Jika setelah mereka 10 tahun masih tidak mahu menunaikan solat, maka kita harus memukulnya dengan rotan. Anak lekai harus dididik supaya solat di masjid. Sebelum itu, ajarkan mereka adab-adab masjid dan menghadiri majlis ilmu dan ta'alim. Allah swt berfirman maksudnya: "Dan perintahkanlah keluargamu dengan solat, Kami tidak akan meminta rezeki kepadamu, sebaliknya Kamilah yang akan memberi rezeki kepadamu, dan akibat yang baik adalah untuk orang-orang yang bertaqwa" (Surah Thaha ayat 132)

7. Segala perbuatan atau percakapan kita dengan anak-anak hendaklah dihubungkan dengan kebesaran Allah. Segala yang ada di luar atau di dalam rumah dihubungkan dengan kebesaran Allah. Ada 4 cara untuk meningkat keimanan anak-anak kita iaitu dengan cara melihat, mendengar, berbicara dan berfikir.

8. Anak-anak mempunyai sifat ingin tahu oleh itu beritahu mereka ganjaran-ganjaran yang mereka terima apabila melaksanakan perintah Allah dan beritahu juga suasana kehidupan di alam akhirat.

9. Segala ajaran yang kita berikan kepada anak kita haruslah kita amalkan dahulu sebelum anak-anak melakukannya kerana anak-anak selalu mengikuti perbuatan orang tuanya.

Wallahualam.

Wednesday, October 20, 2010

WAHAI WANITA... SIKSANYA AZAB ALLAH DI NERAKA....

Diceritakan bahawa Ali r.a. berkata, " Saya bersama Fatimah r.a. berkunjung ke rumah Rasulullah s.a.w. Kami mendapati baginda sedang menangis. Kami bertanya, " Apakah yang menyebabkan engkau menangis, wahai rasulullah s.a.w.?"

Beliau menjawab, " Pada malam ketika aku diisra'kan ke langit, aku melihat orang-orang sedang disiksa. Apabila aku teringat kepada mereka, maka aku menangis."

Saya (Ali r.a.) bertanya, "Apakah yang engkau lihat?"

Beliau bersabda, "Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih kerana ia tidak menjaga rambutnya di kalangan lelaki (tidak memakai jilbab); wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dicopot dari punggungnya sedangkan aspal yang mendidih dituang ke dalam kerongkongnya kerana wanita ini menyakiti hati suaminya dengan kata-kata. (Beliau juga bersabda, "Tidaklah seorang wanita yang menyakiti hati suaminya dengan kata-kata kecuali Allah swt. akan membuat mulutnya kelak pada hari Kiamat selebar 70 dhira kemudian akan diikat ke belakang lehernya."); wanita yang memakan badannya sendiri serta di bawahnya terlihat api yang berkobar-kobar dengan hebatnya. adalah wanita yang suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicara keburukan orang lain; wanita yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti keldai adalah wanita yang suka mengadu domba dan berdusta; wanita yang memotong-motong badannya sendiri dengan gunting dari neraka adalah wanita yang suka menonjolkan diri di kalangan orang ramai supaya perhiasannya dilihat dan setiap orang yang melihatnya akan jatuh cinta kepadanya; wanita yang berbetuk seperti anjing kerana ia ahli firnah serta suka marah-marah kepada suaminya; wanita yang digantung dan diikat kedua kaki serta tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit di bawah kekuasaan ular dan kalajengking adalah wanita yang keluar dari rumah suaminya tanpa izin maka ia akan dikutuk oleh semua yang disinari matahari dan bulan sehingga ia kembali ke rumah suaminya."

ORAL SEKS DAN HUKUMNYA... oleh Ustaz Zaharuddin

Allah s.w.t menciptakan tubuh manusia dengan fungsi masing-masing. Justeru Islam melarang dari mendatangi isteri dari ‘duburnya' dan juga semasa haid atau nifas, kesemua pengharaman ini mempunyai dalil dan nas yang khusus. Namun isu ‘oral seks' tidak mempunyai dalil khusus yang melarang, ini menyebabkan berlakunya perbezaan pendapat di kalangan ulama Islam.

Ulama sepakat bahawa jika sekadar menyentuh atau menggosok kemaluan suami dan isteri tanpa ‘oral seks', adalah dibenarkan menurut para ulama Islam kerana ia tergolong dalam bentuk aktiviti menaikkan syahwat antara suami isteri yang diharuskan.

Berkenaan isu oral seks, ulama terbahagi kepada dua kumpulan :-

Yang mengharuskan :

Dr Syeikh Yusof Al-Qaradawi (rujuk www.islamonline.net) berfatwa harus untuk mencium kemaluan isteri atau suami dengan syarat tidak menghisap atau menelan apa jua cecair yang keluar darinya. Menelan atau menghisap sebegini adalah MAKRUH disisi Islam kerana ia salah satu bentuk perlakuan zalim (meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya) dan melampaui batas dalam hubungan seksual.

Apa yang pasti diharamkan menurut beliau adalah ‘anal sex' atau seks melalui lubang dubur, kerana terdapat nas yang jelas mengharamkannya, adapun ‘oral seks' tiada sebarang nas jelas dari Al-Quran dan hadis yang melarangnya.

Pandangan ‘harus' atau boleh dilakukan ini dikongsi oleh Mufti Mesir, Syeikh Dr Ali Al-Jumaah dan juga Dr. Sabri `Abdul Ra'ouf (Prof Fiqh di Univ Al-Azhar) apabila mereka menegaskan, tindakan ini harus selagi mana ianya benar-benar dirasakan perlu bagi menghadirkan kepuasan kepada pasangan suami dan isteri, terutamanya jika ia dapat menghindarkan pasangan ini dari ketidakpuasan yang boleh membawa mereka ke lembah zina kelak.

Perbincangan ringkas

Namun begitu, saya kira kesemua mereka yang mengharuskan termasuk Syeikh Yusof Al-Qaradawi tidak pula menghuraikan satu isu yang mungkin boleh dipanjangkan perbahasannya, iaitu bab kenajisan air mazi dan air mani.

Justeru, saya mengira fatwa beliau mungkin boleh digunakan jika dalam keadaan tiada sebarang cecair dikeluarkan semasa aktiviti oral sex ini dilakukan. Namun keadaan ini dikira sukar berlaku kerana bagi seseorang yang normal, nafsu yang meningkat pastinya akan mengeluarkan cecair pelincir iaitu mazi.

Air mani lelaki dan wanita dianggap najis menurut mazhab Hanafi dan Maliki. Mazhab Syafie dan Hanbali pula mengganggapnya suci.

Namun semua ulama bersetuju air mazi adalah najis. Hasilnya, majoriti pandangan ulama yang menyatakan menelan dan hisap termasuk cecair mazi ini adalah haram atau makruh berat. Beberapa ulama kontemporari menegaskan perlu membasuh dengan segera jika terkena mazi tadi.

Mazi ibarat najis lain yang dianggap kotor dalam Islam, justeru haram memakan tahi, meminum air kencing dan termasuk juga air mazi ini. Bukan sekadar haram memakan najis malah ulama empat mazhab juga memfatwakan haram menjual najis (kecuali diketika wujudnya teknologi untuk menggunakannya sebagai baja), apatah lagi untuk menjilat, hisap dan menelannya. Sudah tentulah ia lebih lagi diharamkan.

Selain itu, menurut undang-undang Malaysia juga ia adalah satu perara yang tidak normal, khusus buat orang yang agak luar biasa nafsunya.

"Oral seks" juga tergolong dalam kategori perlakuan seks luar tabie, ia adalah salah menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman sebat dan 20 tahun penjara.

Justeru, mana-mana pasangan kekasih yang melakukan perkara ini, boleh dilaporkan dan diambil tindakan oleh undang-undang Malaysia. Dari sudut undang-undang Islam, ia dikira berdosa besar dan bolehlah dijadikan sebat dan 20 tahun penjara tadi sebagai peruntukan ta'zir di dalam Islam bagi mereka yang sabit bersalah.

Ulama Yang Mengharamkan

Kebanyakan ulama Saudi mengharamkan perbuatan ini, ini dapat dilihat dari fatwa-fatwa berikut [1] :-

Mufti Saudi Arabia bahagian Selatan, Asy-Syaikh Al`Allamah Ahmad bin Yahya An-Najmi menjawab sebagai berikut,

"Adapun hisapan isteri terhadap kemaluan suaminya (oral sex), maka ini adalah haram, tidak dibolehkan. Ini Kerana ia (kemaluan suami) dapat memancarkan mani, mazi dan lain-lain. Kalau memancar, maka akan keluar darinya air mazi yang ia najis menurut kesepakatan (ulama'). Apabila (air mazi itu) masuk ke dalam mulutnya lalu ke perutnya maka boleh jadi akan menyebabkan penyakit baginya.

Melalui pandangan ini, kita dapat melihat satu point yang penting, iaitu sejauh mana tindakan ini boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan pasangan. Menurut pembacaan saya, ulama yang membolehkan perilaku ini juga bersetuju untuk mengganggapnya haram jika dapat dipastikan dan dibuktikan dari sudut saintifik, ia boleh membawa bakteria dan menyebabkan penyakit yang serius.

Saya teringat pakar sakit puan, Dr Ismail Thambi pernah menyatakan bahawa bakteria yang berada di mulut adalah sangat banyak berbanding di kemaluan, justeru beliau menyatakan tindakan ‘oral sex' dibimbangi boleh membawa penyakit kemaluan disebabkan bahagian mulut pasangan yang mempunyai banyak bakteria dan kuman.

Selain itu, seorang lagi ilmuan Islam iaitu Syeikh Nasiruddin Albani berkata :-

"Ini adalah perbuatan sebahagian binatang, seperti anjing. Dan kita mempunyai dasar umum bahawa di dalam banyak hadits, Ar-Rasul melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) haiwan-haiwan, seperti larangan beliau turun (sujud) seperti turunnya unta, dan menoleh seperti tolehan serigala dan mematuk seperti patukan burung gagak. Dan telah dimaklumi pula bahawa Nabi Shallallahu `alahi wa sallam telah melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) dengan orang kafir, maka diambil juga daripada makna larangan tersebut pelarangan tasyabbuh dengan haiwan-haiwan-sebagai penguat yang telah lalu, apalagi haiwan yang telah diketahui keburukan tabiatnya. Maka sewajarnya seorang muslim - dan keadaannya seperti ini - merasa tinggi untuk menyerupai haiwan-haiwan"

Namun, pendapat peribadi saya mendapati pandangan dan dalil yang digunapakai oleh Syeikh Albani ini adalah tidak begitu kukuh, namun saya tidak berhasrat untuk membincangkannya dengan panjang lebar di ruang ini.

Tindakan men‘generalize' semua jenis persamaan (tasyyabbuh) sebagai haram secara total juga boleh didebatkan kesohihannya. Demikian juga menyamakannya dengan perilaku binatang, benarkah binatang melakukan ‘oral seks'?, jika sekadar menjilat mungkin ye, namun menghisap kemaluan si jantan? Adakah binatang yang melakukannya?. Saya tidak pasti. Bagaimana pula binatang ada juga yang mencium dan memeluk pasangannya. Adakah mencium dan memeluk juga diharamkan kerana menyerupai binatang.? Sudah tentu tidak.



KESIMPULAN

Melalui perbincangan dan pendedahan ringkas di atas, jelas kepada kita perbezaan dua kumpulan ulama ini. Dari hasil penelitian terhadap pendapat mereka bolehlah saya rumuskan bahawa :-

1) Elok dijauhi aktiviti ini dan menghadkan kepada perilaku seks yang lebih sihat bersama pasangan. Ini bagi menjauhi perklara khilaf.

2) Harus bagi suami isteri untuk mencumbu kemaluan pasangan mereka dengan syarat tidak menghisap, jilat dan menelan apa jua cecair. Ia juga dituntut untuk membersihkan mulut dan kemaluan mereka sebelum melakukan aktiviti ini sebaik mungkin bagai meninimakan kemungkinan penyakit. Namun ia makruh yang cenderung kepada haram (makruh tahrimi) jika perbuatan ini sengaja untuk meniru-meniru perbuatan aksi seks melampau golongan bukan Islam dan juga binatang.

3) Haram hukumnya menelan mazi dan mani pasangan kerana Islam mengharamkan umatnya dari melakukan perkara kotor sebegini, sama juga seperti diharamkan menjual najis (kecuali baja yang akan diproses melalui dengan bahagian kimia)

4) Hukumnya menjadi harus berdasarkan keringanan khusus yang diberi oleh Islam atau disebut ‘rukhshah' kepada pasangan yang amat perlukannya bagi mengelakkan ketidakpuasan dan membawa masalah besar rumah tangga atau lebih dahsyat lagi, zina secara rambang diluar rumah.

5) Hukum melakukannya bersama pasangan kekasih atau mana-mana pasangan sebelum nikah yang sah adalah haram, dosa besar dan boleh didakwa dengan hukuman 20 tahun penjara di Malaysia. Namun ia tidak dianggap berzina dalam erti kata dan takrif zina yang disebut di dalam kitab-kitab Fiqh Islam. Ia hanya dianggap sebagai muqaddimah zina atau perdahuluan zina. Dalam kaedah fiqh Islam, "Apa-apa yang membawa kepada haram, hukumnya adalah haram jua"

Sebagai akhirnya, selain dari membincangkan soal hukum, kita mesti jelas bahawa hukum Islam sentiasa ingin melahirkan keutuhan rumah tangga dan masyarakat. Kita mesti sedar dan berfikir samada tindakan oral seks ini benar-benar membawa sesuatu yang berharga buat keharmonian rumahtangga kita, dan apa pula kesannya kepada nafsu diri. Adakah ia semakin mampu dikawal atau semakin buas sebenarnya.

Kita bimbang, tindakan ini boleh membawa kepada keinginan nafsu yang semakin membara dan tidak terkawal sehingga membhayakan diri dan masyaarakat di sekeliling kita disebabkan nafsu buas dan luar biasa yang sentiasa dilayan ini. Layanlah nafsu secara berpada-pada agar tidak ditawan olehnya kelak. Fikirkan...

Sekian



Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Tuesday, October 19, 2010

WAHAI WANITA.....KEREDHAAN SUAMI ADALAH KEREDHAAN ALLAH

Salman al Farisi r.a. berkata bahawa suatu ketika Fatimah r.a. mengunjungi Rasulullah s.a.w. Ketika ia memandang ayahnya, tiba-tiba ia menangis.

Rasulullah s.a.w. bertanya, "Apa yang menimpamu wahai puteriku?"

Fatimah r.a. menjawab, "Ya Rasul, semalam aku dan suamiku (Ali r.a.) bercanda hingga menimbulkan ucapan yang mengakibatkan ia memarahiku. Aku sangat menyesal dan sedih. Aku berkata "wahai kekasih dan sayangku, maafkanlah kesalahanku padamu". Hal itu kulakukan sambil mengelilinginya sebanyak 70 kali, hingga akhirnya dia memaafkan dan tersenyum kepadaku. Namun aku masih tetap takut kepada Allah".

Nabi s.a.w. bersabda, "Wahai puteriku, demi Allah yang telah mengutusku dengan hak, seandainya engkau meninggal dunia sebelum suamimu memaafkanmu, maka aku tidak akan mensolatkan jenazahmu. Wahai puteriku, keredhaan suami adalah keredhaan Allah dan kemarahannay adalah kemarahan Allah. Walaupun seorang isteri tekun beribadah seperti Maryam binti Imran, tetapi jika suaminya tidak redha kepadanya, maka Allah tidak akan menerima amal ibadahnya. Amal ibadah yang terbaik bagi seorang isteri adalah kesetiaan kepada suami dan bercumbu rayu dengannya."

Monday, October 18, 2010

KISAH JIBRIL A.S., KERBAU, KELAWAR DAN CACING...

Suatu hari Allah SWT memerintahkan malaikat Jibri AS untuk pergi menemui salah satu makhluk-Nya yaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau apakah dia senang telah diciptakan Allah SWT sebagai seekor kerbau. Malaikat Jibril AS segera pergi menemui si Kerbau. Di siang yang panas itu si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril AS mendatanginya kemudian mulai bertanya kepada si kerbau, "hai kerbau apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau". Si kerbau menjawab,"Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, dari pada aku dijadikan-Nya sebagai seekor kelawar yang ia mandi dengan kencingnya sendiri".
Mendengar jawaban itu Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor kelawar. Malaikat Jibril AS mendatanginya seekor kelawar yang siang itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah gua. Kemudian mulai bertanya kepada si kelawar, "hai kelawar apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kelawar"."Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelelawar dari pada aku dijadikan-Nya seekor cacing.
Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya saja menggunakan perutnya", jawab si kelawar.

Mendengar jawaban itu pun Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah. Malaikat Jibril AS bertanya kepada si cacing, "Wahai cacing kecil apakah kamu senang telah dijadikan Allah SWT sebagai seekor cacing". Si cacing menjawab," Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing, dari pada dijadikaan-Nya aku sebagai seorang manusia.

Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal soleh ketika mereka mati mereka akan disiksa selama-lamanya".

MENGQADHA SHALAT BAGI WANITA HAID

Wanita haidh di dalam waktu di mana wanita tersebut belum melaksanakan solat untuk saat itu, padahal datangnya haidh sudah masuk waktu solat tersebut, maka dia harus mengganti jika nanti sudah suci. Dan solat itu sifatnya sifatnya adalah berurutan dengan solat sesudahnya yang dapat dijama' seperti solat Zuhur dijama' dengan  Asar, Maghrib dengan Isya'.

Jadi apabila datang haidh waktu masuk Zuhur dan wanita itu belum solat kerana kedatangan haidh maka dia harus mengganti solat Zuhur dan Asar kerana kedua solat itu dapat dijama'.

Begitu juga kalau datang haidh waktu masuk Maghrib dan wanita itu belum solat kerana kedatangan haidh maka dia harus mengganti solat Maghrib dan Isya'.

Kalau datang haidh waktu masuk subuh maka harus ganti solat Subuh sahaja.

Kalau datang haidh waktu masuk Asar maka harus ganti solat Asar sahaja.

Kalau datang haidh waktu masuk Isya' maka harus ganti solat Isya' sahaja.

Sunday, October 17, 2010

LARANGAN RASULULLAH S.A.W. TERHADAP WANITA (BHGN 8)

WANITA MELIHAT AURAT SESAMA WANITA ATAU BERGABUNG DALAM SATU PAKAIAN

Allah s.w.t. dan rasulNya telah melarang keras perbuatan wanita bergabung dengan wanita lain dalam satu selimut. Larangan ini disebabkan tidak ada pemisahan dan persentuhan aurat antara kedua-duanya.

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Selain itu wanita Islam juga dilarang tidur bersama-sama dengan wanita lain dalam satu kamar tanpa pakaian sopan atau menutup aurat hingga mengakibatkan persentuhan dan melihat aurat antara satu sama lain". (Hadith riwayat Muslim)


Dalam Islam, batas aurat di antara sesama wanita adalah dari pusat hingga lutut. Manakala aurat yang wajib ditutup oleh seorang wanita Muslimah dari pandangan wanita bukan Muslimah adalah seperti penutupan yang dilakukan terhadap lelaki bukan muhrim. 



Saturday, October 16, 2010

DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN DI ZAMAN INI (AYAT PENGERAK)

Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;



Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;


Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;

1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah

Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;

1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.


Keberuntungan beramal dengan doa ini
Terhindar Daripada Bahaya
Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;

• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.



Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan

Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.


Terhindar Daripada Sihir
Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.  

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.


Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus
Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.


LARANGAN RASULULLAH S.A.W. TERHADAP WANITA (BHGN 7)

WANITA MENCABUT. MENCUKUR ATAU MENIPISKAN ALIS

Amalan menghiasi diri dengan menipiskan alis, mengukirnya, mencukurnya atau mencabut sebahagian alis supaya wajah kelihatan ayu, cantik dan anggun pada pandangan masyarakat adalah salah satu cara perhiasan yang berlebihan yang diHARAMkan dalam Islam. Pada hakikatnya, ini adalah amalan wanita zaman Jahiliyah dan kaum Yahudi untuk menarik perhatian lelaki. Lebih malang lagi perbuatan itu diperkenankan pula oleh pihak suami untuk mendapat kebanggan atau glamour di kalangan orang ramai.

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Rasulullah s.a.w. melaknat wanita yang mencukur alisnya atau minta dicukur alisnya"(Hadith Riwayat Abu Daud)

LARANGAN RASULULLAH S.A.W. TERHADAP WANITA (BHGN 6)

WANITA MENYAMBUNG RAMBUT

Perbuatan menyambung rambut atau memakai rambut palsu adalah termasuk perhiasan yang dilarang keras dalam Islam. Seseorang wanita Islam yang gemar menyambung rambut untuk apa jua tujuan sekalipun yidak dibenarkan dan dilaknat oleh Allah s.w.t. kerana mengubah anugerah Allah.

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Rasulullah s.a.w. melaknat wanita yang menyambung rambut atau minta disambung rambutnya"(Hadith Riwayat Bukhari)


Dalam hadis lain Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Seorang wanita Ansar sudah berkahwin dan sesungguhnya dia sakit sehingga gugurlah rambutnya, kemudian keluarganya bermaksud untuk menyambung rambutnya, tetapi sebelumnya mereka bertanya dahulu kepada Nabi s.a.w., maka Nabi s.a.w. bersabda 'Allah melaknat wanita yang menyambung rambut dan yang minta disambung rambutnya' "(Hadith Riwayat Bukhari)





LARANGAN RASULULLAH S.A.W. TERHADAP WANITA (BHGN 5)

WANITA BERPAKAIAN MENYERUPAI PAKAIAN ORANG KAFIR

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Bukan dari golongan kami siapa yang menyerupai yang bukan dari kami. Jauhilah dari mengikuti kaum Yahudi dan Nasrani". (Hadith Riwayat Tirmidzi)


 Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Waspadalah kamu dari kemewahan yang berlebihan dan meniru gaya dan pakaian orang syirik". (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)


Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Ada dua jenis manusia pengisi neraka yang belum pernah aku lihat kedua-duanya: pertama, segolongan manusia yang mempunyai cambuk seperti seekor lembu mereka memukul manusia dengannya; kedua, wanita yang berpakaian tetapi telanjang dan melenggang lenggok, kepala mereka seperti pundak unta yang condong. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya. Sesungguhnya bau syurga itu boleh tercium dari jarak yang sekian-sekian"(Hadith Riwayat Muslim)







Friday, October 15, 2010

LARANGAN RASULULLAH S.A.W. TERHADAP WANITA (BHGN 4)

WANITA BERSALAMAN DENGAN LELAKI BUKAN MUHRIM


Amalan berjabat tangan atau bersalaman antara seorang wanita dengan seseorang lelaki tanpa beralas atau berlapik terutama yang bukan muhrim adalah bertentangan dengan syariat  Islam. 


Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: "Sungguh dimasukkan kepala salah seorang daripada kamu dengan jarum dari dua besi lebih baik baginya daripada ia menyentuh wanita yang tidak halal baginya". (Hadith Riwayat Tabrani).


Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: "Sesungguhnya aku tidak pernah berjabat tangan dengan perempuan". (Hadith Riwayat Ahmad).


Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: "Sesungguhnya aku tidak pernah menyentuh tangan perempuan". (Hadith Riwayat Tabrani).

Thursday, October 14, 2010

LARANGAN RASULULLAH S.A.W. TERHADAP WANITA (BHGN 3)

WANITA BERGAUL BEBAS DENGAN LELAKI BUKAN MUHRIM


Dalam Islam pergaulan bebas antara seseorang wanita dengan lelaki bukan muhrim adalah haram hukumnya. Perbuatan ini berpunca dari kejahilan, lemahnya iman, terpengaruh dengan rakan-rakan dan pengaruh akhbar. Perbuatan ini boleh merosakkan moral dan peribadi serta menjatuhkan maruah dan imej diri serta keluarga.

Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: "Tidak dibenarkan seorang lelaki duduk berdua-duaan dengan wanita tanpa dihadiri Muhrim." (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)




Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: "Tidak berdua-duaan seorang lelaki dengan wanita melainkan yang ketiganya syaitan." (Hadith riwayat Ahmad, Tirmizi dan Hakim)


Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: "Takutlah kepada dunia dan wanita kerana fitnah yang mula-mula melanda kaum Bani Israil ialah wanita." (Hadith Riwayat Muslim)

Wednesday, October 13, 2010

LARANGAN RASULULLAH S.A.W. TERHADAP WANITA (BHGN 2)

WANITA BERPAKAIAN SEPERTI LELAKI

Dalam Islam kaum wanita dilarang keras memakai pakaian menyerupai kaum lelaki seperti memakai seluar panjang atau pendek, baju yg ketat dan nipis serta menonjolkan bentuk badan. Sebenarnya Allah s.w.t. telah menjadikan antara kaum lelaki dan wanita ada perbezaan yang penuh hikmah dari segi penampilan, jiwa, suara dan kekuatan. Sesungguhnya Allah dan RasulNya melaknati wanita Islam yang berpakaian menyerupai kaum lelaki.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Rasulullah s.a.w. melaknat wanita-wanita yang berpakaian menyerupai lelaki dan lelaki yang berpakaian menyerupai wanita." (Hadith riwayat Bukhari)

LARANGAN RASULULLAH S.A.W. TERHADAP WANITA (BHGN 1)

WANITA MENDEDAHKAN AURAT
Dalam Islam setiap wanita wajib berhijab dan menutup aurat dari pandangan lelaki bukan muhrim dalam setiap keadaan. Ini bertujuan agar kaum wanita dapat menjaga dan memlihara kehormatan diri. Tambahan pula kaum wanita boleh menimbulkan fitnah bagi lelaki kerana kecantikan wajahnya. Rasulullah s.a.w. melarang keras ke atas kaum wanita Islam yang mendedahkan auratnya kerana perbuatan ini adalah mungkar dan menjatuhkan imej dan kesucian agama Islam.

Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: "Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, maka tidak boleh dilihat akan dia (auratnya) melainkan mukanya dan dua tangannya sampai pergelangan." (Hadith Riwayat Abu Daud)

Dalam hadis lain Rasulullah s.a.w. bersabda, bermaksud: "Dari Aisyah r.a. bahawa adiknya Aisyah binti Abu Bakar r.a. mengadap Rasulullah s.a.w. dengan pakaian yang nipis, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila seseorang wanita telah baligh maka tidak boleh lagi terlihat (auratnya) kecuali ini dan itu Rasulullah s.a.w. menunjukkan pada muka dan tapak tangan beliau." Hadith Riwayat Abu Daud. 

Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya termasuk ahli neraka iaitu perempuan-perempuan berpakaian tetapi telanjang (dedah aurat) yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk berbuat maksiat. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Hadith riwayat Muslim.)


Islam tidak melarang wanita-wanita berpakaian cantik dan indah asalkan tidak ada unsur-unsur mendedahkan aurat dan boleh membentuk muslimah yang mukminah. 

Friday, October 8, 2010

KEWAJIPAN SUAMI TERHADAP ISTERI

  1. Allah Ta'ala berfirman yang bermaksud:  "Dan gaulilah mereka (para isteri kamu) dengan cara sebaik-baiknya. (An-Nisa: 19)
  2. Dan Allah s.w.t. berfirman lagi:  "Dan para wanita itu mempunyai hak yang seimbang dengan kewanitaannya menurut cara yang baik akan tetapi para suami itu mempunyai satu tingkatan kelebihan atas isterinya".
  3. Diceritakan dari Nabi s.a.w. bahawa baginda bersabda pada waktu haji wida' (perpisahan) setelah baginda memuji Allah swt. dan menyanjungiNya serta menasihati hadirin yang bermaksud: " Ingatlah (hai kaumku), terimalah pesanku untuk berbuat baik kepada para isteri. Isteri-isteri itu hanyalah dapat diumpamakan kawanmu yang berada disampingmu, kamu tidak dapat memiliki apa-apa dari mereka selain berbuat baik, kerana kalau isteri-isteri itu melakukan perbuatan yang keji yang jelas (membangkang atau tidak taat) maka tinggallah mereka bersendirian di tempat tidur dan pukullah mereka dengan pukulan yang tidak melukai. Kalau isteri itu taat kepadamu, maka janganlah kamu mencari jalan untuk menyusahkan mereka. Ingatlah! Sesungguhnya kamu mempunyai kewajipan terhadap isteri-isterimu dan sesungguhnya isteri-isterimu itu mempunyai kewajipan terhadap dirimu. Kemudian kewajipan isteri-isteri terhadap dirimu ialah mereka tidak boleh mengizinkan masuk ke rumahmu orang yang kamu benci. Ingatlah! Kewajipan terhadap mereka ialah bahawa kamu melayani mereka dengan baik dalam soal pakaian dan makanan mereka."
  4. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: " Kewajipan seorang suami terhadap isterinya ialah suami harus memberi makan kepadanya jika ia makan dan memberi pakaian kepadanya jika ia berpakaian dan tidak boleh memukul mukanya dan tidak boleh memperolok-olokkan dia dan juga tidak boleh meninggalkannya kecuali dalam tempat tidur (ketika isteri membangkang).
  5. Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud "Siapa sahaja seorang lelaki yang mengahwini perempuan yang mas kahwin sedikit atau banyak, sedangkan dalam hatinya berniat tidak memberikan hak (maskahwin) perempuan tersebut kepadanya, maka ia telah menipunya, kemudain ia meninggal dunia sedang dia belum memberi hak perempuan tadi kepadanya, maka ia akan menghadap Allah swt. pada hari Qiamat dalam keadaan berzina".
  6. Sabda Nabi s.a.w."Sesungguhnya yang termasuk golongan mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang baik budi pekertinya dan mereka yang lebih hebat dalam mempergauli keluarganya (isteri, anak-anak dan kaum kerabatnya)."
  7. Nabi s.a.w. bersabda "Orang-orang yang terbaik antara kamu sekelian ialah mereka yang baik terhadap isteri. Dan saya adalah orang yang paling baik dari kamu sekelian terhadap isteri."
  8. Diceritakan dari Nabi s.a.w. "Barangsiapa yang sabar atas budi pekerti isterinya yang buruk, maka Allah swt memberinya pahala sama dengan pahala yang diberikan kepada Nabi Ayub a.s. kerana sabar atas percubaanNya.(Ujian keatas Nabi Ayub a.s. ada 4 iaitu habis harta bendanya, meninggal dunia semua anak-anaknya, hancur badannya dan dijauhi manusia selain isterinya Rahmah). Dan seorang isteri yang sabar atas budi pekerti suaminya yang buruk akan diberikan oleh Allah swt. pahala sama dengan pahala Asiah isteri Firaun.
  9. Dianjurkan bagi seorang suami memerintahkan isterinya (mengingatkannya dgn nada yang halus), menafkahinya menurut kemampuannya, berlaku tabah (jika disakiti oleh isterinya), bersikap halus kepadanya, mengarahkannya ke jalan yang baik dan mengajarnya akan hukum-hukum agama yang perlu diketahui olehnya seperti bersuci, haidh, dan ibadah-ibadah samada yang wajib atau sunat.
  10. Allah swt. berfirman yang bermaksud: "Hai orang-orang yang beriman, jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka".  Ibnu Abbas berkata ,"Berilah pengertian agama kepada mereka dan berilah pelajaran akhlak yang baik kepada mereka."
  11. Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: " Takutlah kepada Allah swt. dalam memimpin isteri-isterimu kerana sesungguhnya mereka adalah amanat yang berada disampingmu. Barangsiapa yang tidak memerintahkan solah kepada isterinya dan tidak mengajarkan agama kepadanya, maka ia telah khianat kepada Allah swt. dan RasulNya."
  12. Nabi s.a.w. bersabda, "Tidak ada seseorang yang menjumpai Allah swt. dengan membawa dosa yang lebih besar daripada seorang suami yang tidak sanggup mendidik keluarganya".
Wallahualam


    Tuesday, October 5, 2010

    Menganggap Islam akan berkembang apabila ada KUASA dan HARTA adalah salah...

    Barangsiapa berkorban dengan ikhlas (untuk agama) maka pada suatu hari nanti pangkat dan harta akan datang mengikutinya. Ini adalah ujian yang sangat besar. Namun barangsiapa yang memburu kerajaan dan harta maka ketahuilah bahawa ia telah menukar kerja agama dengan pangkat dan harta. Ini akan memusnahkan segala penat lelahnya. Sebaliknya apabila ia tidak memandang pangkat dan harta, berkorban semuanya di jalan Allah maka suatu hari nanti ia akan menjadi perhatian , menyebabkan para kenamaan datang dan mengikutinya keluar ke jalan Allah. Jalan Rasulullah s.a.w. adalah jalan dakwah dan pengorbanan bukan jalan memburu kuasa, pangkat dan harta. ( Tazkirah Hadratji m. 161)

    Adalah satu fikiran yang salah bahawa Islam akan berkembang apabila kita sudah mempunyai kuasa dan harta. Sedangkan mereka yang memilik kuasa dan harta sedang menguburkan agamanya hidup-hidup. Hari ini, orang yang mempunyai kuasa dan harta tidak dapat mencontohi kehidupan Abu Bakar r.a. dan Omar r.a. bahkan mengekori gelagat Kaisar, Kisra, Shaddad, Qarun dan sebagainya. Menyangka Islam akan tegak dengan perkara itu adalah fahaman yang salah sama sekali. Bila-bila pun Islam hanya berkembang dengan pengorbanan. Begitu juga zaman ini, Islam hanya berkembang dengan satu cara saja iaitu pengorbanan. Apabila Islam telah berkembang maka perkembangannya akan meluas sampai kepada wilayah musuh Islam di sekelilingnya. Apabila orang Islam sudah tidak mahu berkembang lagi maka kehebatan dan kekuatan Islam akan lenyap. (Tazkirah Hadratji m. 160)

    HADIS SHAHIH MUSLIM MENGENAI HAID

    CARA MANDI BERSUCI PEREMPUAN DARI HAID DAN JUNUB
    Diriwayatkan dari 'Aisyah : Asma r.a. pernah bertanya kepada Nabi SAW tentang cara mandi bersuci perempuan dari haid. Kemudian beliau bersabda, " Ambillah air dan daun bidara, lalu cucilah bekas darah sehingga benar-benar bersih. Setelah itu, tuangkanlah air ke atas kepala sambil digosok-gosok dengan kuat sehingga dapat membasahi akar-akar rambutnya, lalu tuangkanlah air lagi ke atas kepala. Setelah itu, ambillah kain atau kapas yang telah diberi kasturi, lalu bersihkanlah lagi dengannya." Asma bertanya lagi, "Bagaimanakah cara saya bersuci dengan kapas kapas atau kain itu?" Beliau menjawab, "Subhanallah, bersihkan saja dengannya." Lalu 'Aisyah berbisik kepada Asma, "Susulkan gosokan-gosokan kasturi itu di tempat bekas-bekas darah (kemaluan)." Lalu Asma bertanya juga tentang cara mandi kerana junub. Kemudian beliau bersabda, "Ambillah air, lalu bersucilah dengan sebaik-baiknya. Setelah itu, tuangkanlah air di atas kepala sambil digosok-gosok sampai membasahi akar rambutnya. Lalu tuangkanlah air lagi ke atas kepala." Kemudian 'Aisyah berkata, " Sebaik-baik perempuan adalah perempuan Anshar, rasa malu tidak menghalangi mereka untuk memperdalam agamanya." (1:179-180 - S.M.)

    ORANG HAID MENGAMBIL KAIN
    Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.: Rasululllah SAW berada di masjid, lalu beliau bersabda, "Wahai 'Aisyah, ambilkanlah kain itu!" 'Aisyah menjawab, "Saya sedang haid." Beliau bersabda, "Sesungguhnya, haidmu bukan di tanganmu." Akhirnya 'Aisyah mengambilkan kain itu. (1:168 - S.M.)

    BERSANDAR PADA PANGKUAN ORANG HAID SAMBIL MEMBACA AL-QURAN
    Diriwayatkan dari 'Aisyah r.a.: Rasulullah SAW seringkali bersandar ke pangkuan saya sambil membaca Al-Quran, padahal saya sedang haid. (1:169-S.M.)

    TIDUR BERSAMA ISTERI YANG SEDANG HAID DALAM SATU SELIMUT
    Diriwayatkan dari Ummu Salamah r.a.: Sewaktu saya tidur dalam satu selimut bersama Rasulullah SAW, tiba-tiba saya datang haid, saya pun pergi perlahan-lahan mencari kain yang biasa dipakai semasa haid. Kemudian Rasulullah SAW bertanya, " Apakah kamu datang haid?" Saya menjawab "Ya." Lalu beliau memanggil saya untuk tidur bersama dalam satu selimut. " Ummu Salamah berkata bahawa dia bersama Rasulullah SAW sering sekali mandi bersama kerana junub dalam satu bejana. (1:167 - S.M.)

    BERCUMBU DENGAN ISTERI YANG SEDANG HAID
    Diriwayatkan dari 'Aisyah r.a.: Apabil salah seorang di antara kami (isteri-isteri Nabi SAW) sedang haid, Rasulullah SAW memerintahkannya supaya memakai kain pada masa subur darah haidnya, kemudian beliau bercumbu dengannya (tanpa bersetubuh). Akan tetapi, siapakah di antara kamu yang kuat menahan syahwatnya sebagaimana Rasulullah SAW menahan syahwatnya? (1:167 - S.M.)

    *** Sedikit info utk share: Sekiranya datang haid lebih dari 15 hari... maka hari ke 16 wajib mandi dan solat seperti biasa sebab hari ke 16 dan seterusnya dikira darah penyakit....