Assalamualaikum...
Saya terbaca sehari dua ni berkaitan surat luahan seorang suami yang mengaku berzina dengan seroang janda kerana isterinya sudah tak cantik seperti dulu. Sedih sungguh hati ni kerana sanggup seorang suami bertindak sehingga begitu sekali. Bagi yang tak pernah baca lagi surat itu, disini saya sertakan salinannya.
"
Mah isteri abang yang solehah, isteri yang cantik… yang baik… dan ibu yang sempurna kepada Adan, Lili dan Nafisa…Impian abang yang terakhir agar Mah menjadi sahabat sepanjang hayat… abang merayu sesungguh hati untuk Mah maafkan abang dan menerima abang semula. Sebelum abang tulis surat ini, abang dah hubungi Zulaikha untuk putuskan hubungan. Abang nekad, apa pun berlaku selepas ini, abang terima sebagai hukuman. Abang reda.. abang berdosa. Abang suami yang terkhilaf…
Mah…Abang jenguk Mah di bilik anak. Mah tidur dengan air mata yang mengalir. Muka Mah polos tanpa solekan. Mata Mah bengkak dan ada lingkaran hitam. Abang menangis. Mah tak sedar betapa abang cintakan Mah. Tapi Mah lupa, kecantikan Mah yang pudar telah buat cinta abang berpaling.
Sumpah Mah! Sumpah abang rasa bertuah ada isteri sebaik Mah. Mah jaga makan pakai abang, makan minum anak-anak dan rumah tangga. Tapi Mah tak jaga diri Mah untuk abang. Mah tak jaga keperluan batin abang.
Kita kenal sejak sekolah. Sejak Mah jadi pujaan ramai lelaki dan kawan-kawan abang. Mah ramping, tinggi, bermata galak dan menggoda. Tapi sejak Mah lahirkan Adan, Mah biarkan kecantikan Mah hilang. Mah biarkan kuku Mah kecut.. rambut Mah busuk di sebalik tudung… kaki Mah bengkak dengan lemak… badan Mah berbau bila abang balik kerja. Abang terpaksa hipokrit setiap kali Mah sambut abang balik kerja di muka pintu dengan wajah kusam dan tak bermaya. Abang lemah tengok Mah lemah… Abang bagi Mah duit untuk Mah bersisir, tapi Mah habiskan dengan perhiasan rumah dan emas. Kenapa Mah tak gunakan untuk merapikan diri?
Mah abang tak pandang pakaian atau tudung cantik yang menutupi Mah, Abang juga tak pandang barang kemas yang berselirat di tangan atau leher Mah, tapi abang pandang tubuh dan wajah Mah. Kalau Mah sendiri tak menghargai diri bagaimana pula abang? Mana pergi diri Mah yang penuh keyakinan masa Mah bekerja dulu? Mana pergi wanita pujaan abang yang penuh dengan keanggunan masa kita sama-sama belajar dan bekerja dulu? Abang sungguh malu nak bercakap tentang hal ini, tapi jika ini peluang terakhir untuk abang memperbaiki rumah tangga kita, abang luahkan… dan Mah terimalah dengan lapang hati.
Mah… Zulaikha cantik. Dia janda anak ramai tapi bahasa tubuhnya tidak menggambarkan dia seorang janda. Dia menjaga setiap inci yang ada pada tubuhnya sehingga ke bahagian yang paling sulit. Abang minta ampun. Abang menyesal… Zulaikha hanya mahu berkawan dengan abang untuk mengisi kekosongan hidupnya. Dia tidak pernah meminta hubungan yang lebih tetapi kerana selalu bersamanya, abang terpesona. Abang rindukan isteri abang yang dulu. Jika Mah ingin berlalu dari hidup abang… abang tidak mampu menghalang.
Abang berdosa dengan Mah. Mah berubahlah. Cari semula kekuatan Mah sebagai seorang perempuan. Ampunkan abang… abang tak pergi kerja hari ini. Abang nak ke rumah ibu bapa Mah untuk akui semua kesilapan abang dan abang akan terima segala hukuman. Sekali lagi, dari lubuk hati yang paling dalam… abang merayu Mah pulangkan semula isteri abang yang cantik, yang menghargai dirinya luar dan dalam… abang merayu…"
Di sini saya nak share sesuatu tentang sejarah diri saya sendiri yang tak pernah saya share di blog saya ni. Saya bersyukur ke hadrat Allah swt kerana hadirnya suami saya ke dalam hidup saya sewaktu saya dilanda musibah dan dia menerima saya dalam keadaan saya dilanda musibah. Musibah apa? Sesuatu yang boleh menyebabkan mana-mana lelaki pun tak mungkin dan sukar menerima saya dengan rupa saya sampaikan ada saudara saya yang pernah kata kulit saya dah macam filem 'Dayang Senandung' masa tu.
Semua berpunca kerana saya menggunakan sejenis kosmetik yg terkenal pada masa tu sekitar tahun 2003. Sel kulit saya melecur kerana krim malam produk tu terlaulu kuat. Serta merta kulit bahagian muka saya jadi gelap. Keyakinan diri saya 'zero'. Malu nak keluar dari rumah... malu nak berdepan dengan semua orang... tapi saya takde pilihan lain sebab waktu itu saya bekerja sebagai guru sandaran dan mahu atau tidak saya kena pergi kerja. Keluarga rapat dan kawan2 rapat bagi semangat kepada saya....saya kuatkan diri dan melangkah menjalankan tanggungjawab saya sebagai guru sandaran. Kehidupan saya waktu tu rumah dan tempat kerja sahaja.... mak dan arwah ayah ajak pergi kenduri kendara memang saya tak ikut. Dalam masa keadaan saya mcm ni, saya berkenalan dengan seorang hamba Allah melalui internet.... awalnya memang saya tak berapa layan sebab saya sedar keadaan diri saya... kalau dia tengok saya confirm reject punyalahh... sapa nak bini hitam legam wei.... negatif thinking sangat kannnn.... tp seriusly lah kan... even kalau saya kat tempat lelaki confirm saya tak nak.... so perkenalan tu berjalan tanpa melihat wajah... dia tak tengok gambar saya dan sebaliknya saya tak tengok gambar dia... saja saya tak nak mintak gambor dia takut dia handsome sat g saya terpikat ....hahahaha... pastu kalau dia mintak gambar saya sebagai balasan saya nak bagi apa?... gambar ni??
hahahaha.... confirm lari lah kannnn....so hamba Allah ni memang rajinlah hantar msg kat saya... sangat caring... (biasalah lelaki kan pandai mengayat)... wakakaka... setelah lebih 4 bulan berkenalan tiba2 tiada sms saya terima seperti selalu.. ego saya menyebabkan saya tak cuba langsung menghubungi dia semula... berbulan2 jugak dia menyepikan diri sehingga akhirnya saya yang mengalah dan menghantar sms kepada dia... tetiba dia reply dengan penuh kesyukuran dia kata dah berbulan2 dia tunggu saya hubungi dia... rupanya handphone dia hilang so skali dengan no hp saya dia hilang dan dia tak tulis kat mana2 no tu... teknologi la ni mana ada buku phone dah macam zaman mak2 kita dulu.... hehehehe... jadinya dia mengharap saya hubungi dia.... maka bersambung semulalah episod persahabatan kami.... ecececeh....
Akhirnya... saat yang kutakuti pun tiba... dia meluahkan perasaan yang dia dah jatuh cinta pada aku... masa dia luahkan perasaan ni bunyi muzik hindustan berkumandang jadik background music dah.... hahahaha...... dan saya tak bg jawapan pun pada luahan hati dia.... byk sebabnya saya tak leh terima dia waktu tu..... dan byk kali saya kata jgn terburu-buru... awak tak tengok lagi rupa saya camana... awak tak pernah jumpa saya.... dia kata tak kisah semua tu... dia ikhlas sayangkan saya bukan kerana rupa or anything... tp kerana hati budi cheq... terharu nyahhhh dengar ayat dia.... tapi belum jumpa sapa pun boleh cakap mcm tu... entah2 dah jumpa terus cabut lari kannnn.... pastu adalah skali dia mintak gambar saya.... sejak muka jadi macam tu saya ni mmg takde amik gambar pun... ada pun gambar masa abang saya kahwin.. tu memang dah tak boleh nak elak... jadi saya tak nak bagi gambar... bukan sebab nak sembunyikan wajah sebenar aku... ada sebab lain... teruskan membaca untuk tahu cerita selanjutnya... chewahhhhh
Ni ayat saya bg kat dia... saya tak nak awak tgk saya dlm gambar... sbb gambar dan sebenarnya jauh berbeza... awak jumpalah saya dulu lepas tu awak fikir semula keputusan awak samada masih nak teruskan perasaan awak pada saya... sekiranya awak berundur pun saya terima sebab i am ready for your 'rejection'..... hihihih... power dak ayat aku....
Lepas aku bgtau mcm tu... hujung minggu tu aku balik kampung umah mak ayah aku... aku ni guru sandaran kat daerah lain... tiap ujung minggu aku akan balik umah mak bapak aku ok... anak manja lah katakan.... bongsu okayyyy.... aku ingat lagi mlm sabtu tu dia sms aku... 'saya naik bas mlm ni dr dot dot dot dan esok pagi kul 7 lebih saya sampai kat bus stand dot dot dot... kita jumpa'.... Ya Allah.. waktu tu mcm nak gugur jantung aku... tergesa2 aku bgtau mak aku... citer a to z lah pasal dia kat mak aku yang tak tahu apa2... mak aku pun kata pergilah jumpa... apa pun keputusan dia kita terima... aku pun setuju ngan cakap mak aku....
Pagi tu aku bersiap ala kadar je... nak bersiap lebih2 apa... sapu bedak pun serupa tak sapu... dengan berdebar2 menuju ke bandar.... hint pakai baju kaler apa semua bg dah... blind date oii... masing2 tak pernah tgk muka.... so bila sampai tempat yang dijanjikan... dia dah sampai awal dulu dah... dia sms aku dia kata dia duk kat kedai makan depan bus stand tu... aku pun melangkahkan kaki menuju ke kedai makan tu... aku tengok dalam... dan aku nampak somebody yg similar ngan ciri2 yg dia bgtau aku duduk belakang tiang dan membelakangkan aku yang datang dr luar kedai... ishhh... nak tgk dr jauh dulu pun tak lepas... so aku beranikan diri p je lah nekad... pusing je ke depan dia... aku bagi salam assalamualaikum... bukan salam tangan yerrr... berdosaaaaa tauuuuu.... hihihi.. dia angkat muka dan jawab salam aku... waktu tu mak aiiii... handsome gak... macam ala2 hindustan... first impression tgk muka dia... "CONFIRM AKU KENA REJECT LAHHHHH"......
Aku duduk... dia tanya khabar... aku tanya khabar... aku order air ... minum air... diam... minum air... diammm... dia minum airr... diammm... habis air dia... habis air aku... dia kata ok jom... saya nak balik dah... tiket saya pukul 9.30... aku sampai tadi kul 9.05 pagi dah.... aku tgk jam dah kul 9.20 pagi... berlangsung perjumpaan kami lebih kurang 15 minit yang tak byk cakap... so what uolsss imagine.... EXACTLY sama mcm yg aku pk dah waktu tu... Ya Allah... aku redha waktu tu... aku tahu dia bukan jodohku.... jauh panggang dr api beb.... aku ni dah rentung kena panggang... dia jauh lagi dr api... wakakakaka....
Kami pun bangun... dan menuju ke bus stand... aku pun tunggulah nak hantar dia naik bas kengkonon nyerrr.... pastu dia kata kejap.. dia nak beli mineral sat... aku okeykan aje lah... oh lupa nak bgtau... dia ni rajin top up handphone aku masa zaman tak jumpa lagi tu... hehehehe... sat tu dia pun mai dengan botol mineral kat tangan.... dia kata kat aku... ok bye... saya balik dulu... aku pun kata ok... take care...
Dia terus naik bas yang dah tunggu penumpang naik.... dia duk tepi tingkap... aku masih berdiri kat bawah... dia tak tengok luar pun... tunduk je aku tak tahu dok buat apa... dlm hati mmg tutup buku lah dengan mamat ni... sat tu sms aku bunyi... aku kuarkan handphone dan tgk sms dr no dia.. aku bukak msg... tgk ada no reload dia antar... dan ada ayat di belakangnya.... "walau angin ribut taufan datang melanda sekalipun.... hati abang tak berubah... I LOVE YOU".... Ya Allah... aku rasa mcm tak pijak bumi dah waktu tu... aku angkat kepala tgk bas... dia tgh tgk aku sambil senyum... aku terkedu... nak senyum+nangis+terharu.... Dalam hati aku... kalau dia boleh terima aku dlm keadaan aku mcm ni... dlm kekurangan diri mcm ni... aku yakin dia akan menjaga aku sampai aku tua dan tak kira apa pun keadaan aku akan datang.... benarlah... bukan rupa yang jadi ukuran... tapi aku tak tahu apa yang membuatkan kau sanggup menerima diri ini seadanya...
Aku reply sms tu... for the first time... I Love You Too....
Balik sampai rumah aku cerita kat mak aku... rupanya masa aku p jumpa dia... mak bgtau bapak citer dia... Alhamdulillah... mak dan bapak aku dapat terima. Dia balik rumah dia dan bgtau family dia... lepas beberapa bulan rombongan merisik mak dan ayah dia datang... lepas beberapa bulan kami bertunang... dan lepas setahun kami melangsungkan perkahwinan... dan alhamdulillah tahun ni 2014 dah genap 9 tahun kami mendirikan rumahtangga.
Setelah 9 tahun kami mendirikan rumahtangga, kami masih belum dikurniakan cahaya mata. Belum ada rezeki lagi dan kami terus berdoa agar satu hari nanti ada rezeki kami menimang cahaya mata. Aku ada suruh dia kahwin lagi satu... tapi dia tak nak... dia kata cinta dia untuk aku sorang je... dia tak nak share... thats him... menerima aku ketika diri ini buruk... dan masih terus menerima aku walau ada kekurangan dalam diri ini.
Kenapa aku share semua ni... khusus untuk lelaki di luar sana... janganlah hanya memandang rupa... sebab cantik mana bini awak masa kahwin pun dia tetap akan tua... dan tua nanti belum tentu dia cantik macam masa muda... bukan semua org awet muda beb...
Untuk isteri2... jgn kalut jaga kecantikan masa anak dara tapi bila dah kawin abaikan kecantikan dan kesihatan diri... cantikkan diri untuk suami... niat kena jaga... jangan nak cantik untuk org luar tp kat rumah selekeh aje...
Dan untuk yang tengah bercinta atau yang mencari pasangan... terimalah pasangan anda seadanya... jgn hanya nak yang manis kerana manis kekadang ada pahitnya....
Wallahualam... sekadar berkongsi kisah benar saya sendiri sebagai tatapan pembaca2.... untuk abangku sayang... i love you more and more....
Nukilan
ieyla79... u know me ;)